Bunuh Morais: Lapan Akan Didakwa Isnin - pakdin.my

Mayat Kevin Morais

Lapan individu termasuk seorang doktor tentera dijangka didakwa pada Isnin berhubung kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.

Difahamkan, seorang daripada suspek akan didakwa di mahkamah majistret di sini kerana bersubahat.

Tujuh yang lain akan didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur dengan enam daripadanya atas tuduhan membunuh dan seorang lagi kerana bersubahat.

Kesemua tertuduh berhadapan dengan hukuman gantung sekiranya disabitkan bersalah.

Kelapan-lapan suspek merupakan antara 11 individu yang ditahah polis bagi membantu saisatan terhadap kes penculikan dan pembunuhan Morais.

Menurut sumber, polis telah melengkapkan laporan siasatan terhadap 11 suspek untuk menentukan dalang dan mengenal pasti motif pembunuhan.

“Siasatan adalah merujuk kepada bunuh dan subahat. Perintah reman terhadap beberapa suspek, termasuk doktor tentera akan berakhir pada Selasa,” kata sumber.

Satu lagi berkata, baki suspek yang lain akan dibebaskan tidak lama lagi.

Mayat Morais, 55, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini, pada 16 September lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

UTAMABERITABunuh Morais: Lapan Akan Didakwa Isnin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium