Bursa Malaysia kekal tercorot didunia di tahun baru 2020 - pakdin.my

Pada hari terakhir tahun 2019 ini, Bursa Malaysia berjaya mengekalkan rekod kita sebagai pasaran saham paling corot dalam dunia setelah indeks jatuh teruk hari ini ke 1,588 mata.

Dalam tempoh dua minggu yang lepas, tabung-tabung pelaburan kerajaan telah cuba sedaya upaya untuk menaikkan indeks kita ke atas paras 1,600 supaya kerajaan PH tak nampak teruk sangat pada tahun 2019.

Tetapi akhirnya gagal juga kerana penjualan dari pelabur asing terlalu kuat.

Pelabur-pelabur asing tahu wujudnya usaha dari tabung-tabung kita dan mereka mengambil kesempatan untuk menjual semasa kita membeli.

Akhirnya, tabung-tabung tempatan kita yang rugi.

Tahun 2018 selepas PRU14, pasaran saham kita teruk. Jatuh dari setinggi 1,896 sebelum PRU14 ke 1,690 mata.

Tahun 2019, pasaran saham bertambah teruk. Indeks jatuh lagi ke 1,588 mata.

Malaysia adalah antara satu-satunya pasaran saham yang mengalami kejatuhan pada tahun 2019.

Negara-negara lain semua naik – termasuk Hong Kong yang dah lama mengalami masalah rusuhan hampir tiap-tiap hari tahun ini.

UTAMAEKONOMIBursa Malaysia kekal tercorot didunia di tahun baru 2020

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium