Bursa Saham Malaysia Ditutup Tinggi Sesi Pagi - pakdin.my

bursa1

Kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 semalam, telah memberikan impak luar biasa kepada pergerakan harga-harga pasaran saham tempatan hari ini.

“Malah, hari ini juga Bursa Malaysia menerima dana pelaburan asing sebanyak RM2 bilion pada sesi pagi ini dan merupakan yang tertinggi dalam rekod,” kata Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan.

Beliau berkata yang kemasukan ramai pelabur asing ke dalam pasaran Bursa Malaysia hari ini, jelas menunjukkan keyakinan mereka terhadap ekonomi Malaysia.

“Bursa Malaysia yang telah mencatatkan paras tertinggi melebihi 1,800 mata telah menampakkan keyakinan padu pelabur asing terhadap pelan pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan,” kata beliau kepada media di sini pada Isnin.

Pasaran tunai negara telah memperlihatkan penglibatan pelabur asing yang cergas yang mana sejak Januari hingga April, jumlah dana asing berjumlah RM13 bilion berbanding RM13.5 bilion pada keseluruhan 2012, jelas beliau.

Beliau berkata yang kebanyakan pelabur asing ialah dari kawasan Asia Tenggara terutamanya dari Singapura, Jepun dan China.

Nazri turut menjelaskan saham-saham berkaitan kerajaan terutamanya dari sektor pembinaan, bank, minyak dan gas serta hartanah adalah antara kaunter utama yang menerima limpahan dari pergerakan cergas indeks utama pada hari ini.

Beliau berkata trend positif ini mungkin akan berterusan untuk beberapa minggu dari sekarang.

“Sehubungan itu, sekiranya momentum ini dapat dikekalkan, kami turut menaikkan sasaran kepada 1,830 mata menjelang akhir tahun ini,” tambah beliau.

Nazri turut menjangkakan penyenaraian awam empat buah syarikat pada penggal kedua tahun ini akan turut membantu melonjakkan pergerakan papan utama Bursa Malaysia.

Antara yang dijangka disenaraikan ialah Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dengan jangkaan nilai RM9 bilion, tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar selepas Felda, AirAsia X, Malakoff Corp Bhd serta KLCC REIT yang dijangkakan akan menjadi kaunter REIT terbesar di Malaysia yang mematuhi kehendak syariah.

Selain daripada pasaran saham, Nazri berkata yang kemenangan majoriti mudah yang diperoleh Barisan Nasional turut memberikan impak positif kepada pasaran tukaran wang asing.

“Impak dari kemasukan pelabur asing turut memberi manfaat kepada pergerakan ringgit yang telah mencatatkan kenaikan kepada 2.9870 untuk setiap US dolar, tertinggi dalam tempoh 10 bulan,” katanya.

Pada Jumaat lepas, ringgit ditutup pada 3.0315 berbanding US dolar.

UTAMAEKONOMIBursa Saham Malaysia Ditutup Tinggi Sesi Pagi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium