27.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Cadangan DAP Pinda Enakmen 1988 Cabar Sultan Selangor – Peguam

sultan-JAIS

Cadangan tiga wakil rakyat dari DAP supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda bagi memastikan hak orang bukan Islam dibela dianggap keterlaluan kerana seolah-olah sengaja mahu mengeruhkan keadaan, kata peguam jenayah kanan, Ranjit Singh Dhillon.

Ranjit Singh dilaporkan berkata tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas Bible versi bahasa Melayu serta bahasa Iban seharusnya tidak perlu dipertikaikan kerana merupakan tanggungjawab agensi itu dalam melindungi kesucian Islam.

Menurutnya, tindakan JAIS tersebut dilihat tidak sama sekali mengganggu hak orang bukan Islam dan tidak menyalahi undang-undang kerana dilaksanakan untuk memelihara Islam sebagai agama Persekutuan.

“Sebagai orang yang bermastautin di Selangor, tidakkah mereka (tiga wakil rakyat DAP terbabit) ada tanggungjawab untuk akur dan mematuhi titah Sultan Selangor?

“Walaupun seseorang sultan tidak mempunyai kuasa sepenuhnya dalam pentadbiran kerajaan negeri namun dalam hal ehwal agama Islam, sultan secara langsung mempunyai kuasa mutlak untuk memelihara kesucian Islam,” katanya.

Beliau mengulas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin; ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San seperti dilaporkan The Malaysian Insider supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.

Cadangan tersebut dibuat susulan tindakan JAIS merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya semalam.

Dalam serbuan berkenaan, pasukan penguat kuasa JAIS yang diiringi anggota polis turut menahan dua individu iaitu Presiden Persatuan Bible Malaysia, Lee Min Choon dan pengurus premis terbabit, Sinclair Wong.

Ranjit yang juga seorang pemerhati politik memberitahu, cadangan tersebut juga dipercayai cubaan pihak tertentu untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan itu.


Mengulas lanjut beliau menjelaskan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya mempertahankan tindakan JAIS itu.

“Politik, agama dan bangsa adalah entiti yang berlainan. Demi kelangsungan karier politik, diharapkan dia (Abdul Khalid) tidak mencabar titah sultan,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang mempertahankan tindakan Penguatkuasaan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor menggunakan Enakmen 1988 ((Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) untuk menyerbu premis tersebut.

Menurutnya, Enakmen 1988 itu terkandung di dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan untuk melarang pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam dan bukannya menggugat hak kebebasan beragama masyarakat bukan Islam di negara ini.

Justeru, beliau menegaskan, cadangan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang mahu enakmen tersebut dipinda tidak wajar disokong sama sekali terutama oleh wakil-wakil rakyat beragama Islam di negeri tersebut.

Mengapa enakmen tersebut perlu dipinda sedangkan sumber undang-undang itu adalah daripada Perlembagaan Persekutuan sendiri.

“Subsekyen dalam Perkara 11(4) membenarkan mana-mana negeri untuk membuat undang-undang kawalan pengembangan kepercayaan agama bukan Islam kepada orang bukan Islam.

“Sepatutnya kita perlu mendesak agar negeri-negeri yang belum menggubal enakmen seumpama itu agar melakukannya, bukannya mencadangkan negeri yang sudah ada untuk membuat pindaan atau menghapuskannya,” katanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...