Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
23,067
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Malaysia

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
23,067
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Thailand

Thailand
1,476,477
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Thailand
1,330,019
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Thailand
15,363
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Global

All countries
228,955,299
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
All countries
203,833,333
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
All countries
4,700,355
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Cadangan jalur spektrum 5G Malaysia mungkin tidak mencukupi – pakar

KUALA LUMPUR  — Malaysia perlu memastikan kapasiti atau peruntukan jalur lebar teknologi generasi kelima (5G) yang dimilikinya adalah memadai bagi membolehkan negara ini berupaya menawarkan perkhidmatan berkelajuan tinggi, kata pakar sektor telekomunikasi.

Prinsipal firma perunding bebas Windsor Place Consulting Pty Ltd, Scott W Minehane berkata ini berikutan cadangan jalur lebar 5G Malaysia sebaliknya dilihat sebagai berkemungkinan masih tidak mencukupi.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti 700 megahertz  (MHz), 3.5 gigahertz (GHz) dan 26/28 GHz sebagai peruntukan jalur spektrum rintis bagi pelaksanaan 5G di negara ini.

Minehane berkata Malaysia mempunyai peruntukan spektrum jalur lebar kira-kira 610 MHz manakala di Filipina, kalangan pengendali baharunya mempunyai 200 MHz lebih tinggi termasuk spektrum 5G lebih ketara.

“Bagi saya, terdapat peluang besar untuk bertindak melakukan beberapa pembahagian spektrum itu agar sekurang-kurangnya 700 MHz dapat digunakan dalam rangkaian 5G bagi meningkatkan perkhidmatan sedia ada,” katanya pada Forum Lonjakan Digital Malaysia di sini pada Khamis.

Forum itu dianjurkan oleh pertubuhan bukan berkeuntungan Global System for Mobile Communications (GSMA) yang mewakili kepentingan pengendali mudah alih global.

Mengulas selanjutnya, Minehane juga percaya bahawa Malaysia sepertimana negara-negara lain di rantau ini, dijangka berdepan cabaran dalam melaksanakan lingkungan atau julat frekuensi C-band bagi 5G.

C-band merujuk kepada bahagian peruntukan spektrum elektromagnetik bagi tujuan transmisi satelit dalam julat frekuensi 4GHz hingga 8GHz.

Antena satelit digunakan bagi penghantaran frekuensi C-band di bahagian dunia yang isyaratnya terjejas akibat faktor hujan lebat atau isu lain berkaitan cuaca.

“Sehubungan itu, Malaysia perlu meneliti jalur lain dan diharapkan ianya mencukupi untuk menyokong 5G di negara ini sejajar dengan penawaran perkhidmatan berkelas dunia,” katanya.

Minehane berkata pasaran lebih maju seperti Korea Selatan, Taiwan dan negara-negara di Timur Tengah juga masih dalam fasa awal pelaksanaan 5G.

Sementara itu, Rakan Sekutu firma perunding ekonomi DT Economics, Dr Lara Stoimenova pula menyarankan supaya Malaysia membangunkan rangka kerja kawal selia yang fleksibel membabitkan pelaksanaan spektrum 5G.

“MCMC perlu terus mengendalikan perundingan awam secara terperinci dengan semua pihak berkepentingan bagi mengenal pasti kebimbangan serta penyelesaian berkaitan pembangunan 5G,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Dasar GSMA bagi Asia Pasifik, Christiaan Segura berkata kalangan pengendali di Malaysia telah membuat pelaburan besar dalam aspek kesalinghubungan 5G.

“Sejak beberapa tahun lepas, pengendali terbabit telah melabur dalam aspek rangkaian, menjalankan ujian di lapangan, mewujudkan pusat-pusat inovasi dan menambah perbelanjaan modal masing-masing bagi menyokong penggunaan berkaitan di masa depan.

“Industri mudah alih juga komited untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi menggalakkan lagi usaha inovasi dan kesalinghubungan,” katanya.

Berkaitan