Cadangan Lantik Wakil NGO Dalam SPR Wajar Dipertimbangkan - pakdin.my

Cadangan Majlis Peguam supaya wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilantik menganggotai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menambah baik sistem pilihan raya adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata terpulang kepada SPR untuk menentukan sama ada menerima atau menolak cadangan berkenaan.

“Kita (kerajaan) terbuka dengan mana-mana cadangan tetapi terpulang kepada SPR kerana ia adalah badan yang bebas. Jika mereka bersetuju, perkara itu boleh dibincangkan dengan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Majistret dan Hakim Komanwel 2011 di sini, Isnin.

Mengenai laporan Suruhanjaya Diraja berhubung kematian Teoh Beng Hock, beliau berkata terserah kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk mengumumkannya.

“Saya tidak tahu bila ia akan didedahkan kepada umum tetapi yang pasti kabinet sudah meluluskannya. Sekarang ini terpulang kepada KSN,” katanya.

Pada 22 Jun lalu, laporan siasatan setebal 124 halaman itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Teoh, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan negeri Selangor, ditemui mati di bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia negeri Selangor di Shah Alam pada Julai 2009.

UTAMABERITACadangan Lantik Wakil NGO Dalam SPR Wajar Dipertimbangkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium