DNA babi Cadbury: JMM mahu saman Cadbury Malaysia RM100 juta! - pakdin.my

cadbur-babi-jmm

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkata permohonan maaf dan langkah Cadbury Confectionery Malaysia menarik balik coklat dari pasaran yang dikesan mengandungi DNA Babi tidak mencukupi.

Sebaliknya ia berpendapat syarikat itu harus disaman kerana dakwanya melakukan penipuan dan penghinaan terhadap umat Islam di negara ini.

Sehubungan itu presidennnya, Azwanddin Hamzah mengajak rakyat Malaysia beragama Islam untuk menyaman syarikat berkenaan dan JMM bersedia memberikan khidmat guaman secara percuma.

“JMM memandang serius isu DNA Babi yang dikesan di dalam dua produk coklat Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam keluaran syarikat berkenaan.

“Ini satu penipuan yang sangat jahat dan harus dibendung supaya menjadi pengajaran kepada mana-mana syarikat yang sengaja mahu menghancurkan umat Islam secara halus dari segi pemakanan halal” katanya pada sidang media di ibupejabat JMM d dekat Kuala Lumpur pada Isnin.

Azwanddin berkata, permohonan maaf tidak mencukupi memandangkan Cadbury sudah berpuluh tahun bertapak di Malaysia dan seharusnya memahami sensitiviti umat Islam.

“Mereka sudah sumbat babi dekat mulut kita kemudian baru nak minta maaf?”

Azwanddin juga berkata pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) serta Kementerian Kesihatan juga perlu memohon maaf dan bertanggungjawab di atas kelewatan mereka mengesan DNA Babi berkenaan.

Dia juga mendesak JAKIM membuat siasatan terhadap kemungkin berlaku salahguna kuasa di jabatan itu yang boleh menjurus kepada pengeluaran sijil halal kepada pihak yang tidak layak menerimanya.

Katanya JMM bersama SUKAGUAM akan menubuhkan satu pasukan khas yang dianggotai beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mengumpulkan umat Islam yang telah menjadi mangsa kerana termakan produk berkenaan dan memberikan khidmat guaman percuma kepada mereka untuk menuntut ganti rugi dari Cadbury.

“Setakat ini kami telah menerima 700 emel dan Sistem Pesanan Ringkat (SMS) daripada rakyat Malaysia yang mahu kami mewakili mereka menyaman Cadbury. Kami akan memfailkan saman ini esok dan menganggarkan jumlah tuntutan sebanyak RM100 juta,” katanya.

Peguam JMM, Ahmad Zuhari Ahmad, berkata pada ketika ini sudah ada 50 individu tampil memberi keterangan beserta bukti pembelian kedua-dua produk daripada kelompok yang disahkan mempunyai DNA Khinzir.

Katanya, sesiapa yang pernah terbeli coklat yang memiliki nombor kelompok seperti yang telah dinyatakan dan mempunyai resit pembelian, boleh menghubungi JMM menerusi emel di jaringanmelayumsia@gmail.comAlamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Cadbury sebelum ini mengesahkan mereka menarik balik dua produk yang mengandungi DNA Babi (porcine), iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut (nombor keluaran 200813M01Hh I2 yang tamat tempo‎h pada 13 November 2014) dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond (nombor keluaran 221013N01R I1 yang tamat tempoh pada 15 Januari 2015).

UTAMAGAYA HIDUPAGAMADNA babi Cadbury: JMM mahu saman Cadbury Malaysia RM100 juta!

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium