Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Malaysia

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Caj tinggi: Pengusaha restoran diberi notis

“Pelanggan juga boleh membuat anggaran kerana harga makanan berkenaan sudah ditunjukkan dalam menu.”

resit-makan19orang-langkawi

LANGKAWI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada seorang pengusaha restoran terapung di sini yang mengenakan harga makanan tinggi kepada pelanggannya.

Ketua Unit Anti Pencatutan KPDNKK Kedah, Ariffin Muslim berkata notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu dikeluarkan semasa pemeriksaan dijalankan sepasukan pegawai kementerian cawangan Langkawi di premis berkenaan Sabtu lepas.

“Di bawah notis itu, pengusaha restoran diberi tempoh tujuh hari untuk memberi penjelasan terhadap harga yang dikenakan untuk makanan dan minuman yang dijual di premisnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas rungutan seorang pelancong dari Perak yang memuat naik perkara itu di laman sosial Facebook baru-baru ini mendakwa dikenakan caj tidak munasabah semasa makan di restoran berkenaan.

Pengunjung itu mendakwa dicaj sehingga RM1,131 untuk makanan yang antara lain berupa empat kilogram ikan kerapu harimau, udang dan sotong semasa makan bersama 18 anggota keluarganya.

Ariffin berkata pengeluaran notis itu adalah sebahagian daripada siasatan yang dibuat KPDNKK untuk mengenal pasti sama ada wujud sebarang cubaan mengaut keuntungan berlebihan dengan mengenakan harga tinggi ke atas makanan atau minuman yang dijual.

Katanya, siasatan juga akan melibatkan kos perniagaan yang ditanggung serta margin keuntungan diperoleh pengusaha berkenaan yang mempengaruhi harga yang dikenakan.

“Harga tinggi tidak semestinya berlaku kesalahan. Kita kena melihat margin keuntungannya dulu. Kalau sudah berlebihan atau tidak munasabah, barulah kita ambil tindakan,” katanya.

Di bawah Seksyen 18 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, mana-mana pertubuhan yang disabitkan kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 untuk kesalahan kali pertama dan tidak melebihi RM1 juta untuk kesalahan kali kedua atau berikutnya.

Bagi mereka yang disabitkan kesalahan secara individu pula, seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kali pertama dan denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kali kedua atau berikutnya.


 

Harga ikan kerapu harimau memang mahal

LANGKAWI – Harga ikan kerapu harimau segar memang mahal di Langkawi, namun pemilik restoran boleh mengenakan harga yang munasabah, lapor Bernama.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli berkata, pelanggan juga boleh membuat anggaran kerana harga makanan berkenaan sudah ditunjukkan dalam menu.

Khalid berkata demikian mengulas posting yang dibuat dalam media sosial oleh seorang pengunjung dari Perak yang berkata, beliau dicaj bayaran tidak munasabah semasa makan makanan laut di sebuah restoran.

Pengunjung itu berkata, beliau dikenakan caj sehingga RM1,131 untuk makanan yang antara lain berupa empat kilogram ikan kerapu harimau, udang dan sotong bersama 18 anggota keluarganya.

Dalam pada itu, Khalid berkata, pihaknya peka dengan rungutan kos barangan dan perkhidmatan tinggi di pulau ini akan memastikan pengunjung mendapat perkhidmatan setimpal dengan bayaran yang mereka keluarkan.

Namun katanya, pengunjung juga perlu memahami kos yang terpaksa ditanggung oleh penyedia perkhidmatan.

“Ia mempunyai kaitan dengan penawaran dan permintaan, namun kita tidak mahu harga (barangan dan perkhidmatan) dinaikkan secara melampau ketika ramai orang berkunjung ke Langkawi,” katanya.

Berkaitan