Calon Boleh Fail Petisyen Jika Tidak Puas Hati - pakdin.my

 

pengerusi-spr-jgn-berhimpun-penamaan-calonCalon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tempoh untuk berbuat demikian ialah 21 hari selepas tarikh pewartaan.

Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU 13 itu dalam masa dua minggu.

Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.

Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU 1999 yang melibatkan 40 petisyen.

Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya, ketidak-patuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

UTAMAPILIHAN RAYACalon Boleh Fail Petisyen Jika Tidak Puas Hati

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium