Calon PM Ditentukan Lepas PRU15 Kata Zahid - pakdin.my

UMNO menegaskan calon perdana menteri hanya akan ditentukan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Menurut sumber SuaraTV, Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu juga tidak akan berkompromi untuk 55 kerusi parlimen yang dimenangi oleh UMNO di dalam pilihan raya umum yang lalu.

“(Di dalam) pertemuan 6 mata antara saya, Presiden PAS dan Presiden PPBM saya (telah) tegaskan, tiada kompromi atau sebarang rundingan untuk 55 kerusi yang UMNO menang termasuklah yang telah melompat.

“Mana-mana parti dominan yang menang di dalam PRU15 nanti adalah menjadi kerajaan,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Gerak Pemuda di Janda Baik sebentar tadi.

Sumber turut berkata, ketika berucap di hadapan Pemuda UMNO tiada sebarang perjanjian di lakukan antara UMNO, PAS dan PPBM berhubung siapa yang akan di angkat sebagai perdana menteri.

Malah Zahid turut membayangkan PRU15 akan diadakan dalam tempoh 100 hari.

Awal Julai lalu, UMNO dan PAS dikatakan telah bersetuju secara prinsip untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri bagi menghadapi PRU-15.

Perkara itu di sahkan oleh Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN) yang berkata, keputusan itu dibincang dalam mesyuarat bersama sebelum ini.

Justeru, beliau berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat sokongan kedua-dua parti Melayu Islam terbesar itu. – SuaraTV

UTAMAPOLITIKCalon PM Ditentukan Lepas PRU15 Kata Zahid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium