Calon SPM Dicekup Berkhalwat Di Jitra, Kedah (video) - pakdin.my

pelajar-spm-dicekup-khalwat

Ketika pelajar lain sedang sibuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan, lain pula halnya bagi seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia, SPM.

Dia ditahan kerana berkhalwat bersama pasangannya di sebuah rumah di Kampung Jerlun, Jitra, Kedah, lewat petang semalam.

Pelajar perempuan berusia 17 tahun ini ditahan oleh anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, PADKP.

Menurut Ketua Penguatkuasa PADKP, pihaknya yang menerima maklumat daripada orang awam bergegas ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

Curiga dengan penemuan sebuah motosikal yang diletakkan di kawasan rumah berkenaan, anggota penguatkuasa kemudiannya mengetuk pintu.

Bagaimanapun, pintu yang tidak berkunci memudahkan anggota penguatkuasa memasukinya.

Ketika pemeriksaan, seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam tanpa baju ditemui bersama pasangannya yang hanya memakai singlet dan berseluar sukan.

Siasatan juga mendapati, mereka bukan pasangan mahram.

pelajar-spm-khalwat-jitra

Pelajar perempuan ini dipercayai telah beberapa kali ke rumah itu sejak lebih sebulan lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

 

 

UTAMABERITACalon SPM Dicekup Berkhalwat Di Jitra, Kedah (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium