Cambridge Analytica tiada kaitan dengan kerajaan – disediakan secara peribadi kepada Mukhriz - pakdin.my

Pejabat Perdana Menteri menafikan kerajaan pernah mengupah firma Cambridge Analytica untuk menjalankan kempen pilihan rayanya.

“Cambridge Analytica atau syarikat induknya SCL Group tidak pernah dibayar atau dikontrak oleh Pejabat Perdana Menteri atau mana-mana bahagian kerajaan Malaysia.

“Bagaimanapun, wakil SCL Group mengesahkan hari ini kepada kerajaan bahawa khidmat nasihat Cambridge Analytica mengenai pilihan raya umum 2013 disediakan secara peribadi untuk Mukhriz Mahathir

“Wakil SCL juga mengesahkan bahawa beliau melaporkan secara terus kepada Mukhriz, bukan kepada kerajaan,” kata kenyataan itu hari ini.

————-
Cambridge Analytica akui campur tangan pilihan raya Malaysia

Pegawai kanan firma perunding data Britain, Cambridge Analytica mengakui syarikat itu pernah campur tangan dalam pilihan raya di beberapa negara, termasuk Malaysia.

Memetik laporan Reuters, pengakuan Pengarah Urusan Politik Global, Mark Turnbull diperoleh oleh Rangkaian Channel 4 News melalui operasi penyamaran tahun lalu.

Eksekutif kanan Cambridge Analytica itu juga mengaku merasuah, mengupah bekas pengintip serta pelacur Ukraine untuk memerangkap ahli politik di seluruh dunia.

Operasi itu adalah sebahagian siasatan berterusan ke atas Cambridge Analytica, firma perunding data yang pernah bekerjasama dengan pasukan kempen Presiden Donald Trump pada 2016.

“Jika anda mengumpulkan data mengenai orang ramai dan menganalisis profil mereka, ia akan memberi anda lebih maklumat berhubung apa yang boleh anda gunakan untuk mengenalpasti populasi itu.

“Kami turut melakukannya di Mexico, di Malaysia dan kini di Brazil,” kata Turnbull, yang turut menyebut Australia dan China.

UTAMAPOLITIKCambridge Analytica tiada kaitan dengan kerajaan - disediakan secara peribadi kepada Mukhriz

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium