25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

“Cananglah kepada budak sekolah, bukan di Parlimen” kata Anifah Aman

Ahli Parlimen Bebas Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menyelar usul yang dikemukakan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, mengenai persetujuan terhadap hala tuju dasar luar Malaysia baharu.

Menurut Anifah, pengenalan itu disifatkan sekadar cubaan mencemuh imej negara diterajui pentadbiran terdahulu yang dikatakan mengambil sikap ‘berpeluk tubuh’ berhubung pelbagai isu dunia.

Ujarnya, rangkaian dasar yang diangkat oleh ‘Malaysia baharu’ ketika ini sudah lama dilaksanakan untuk manfaat penduduk dunia sejagat.

“Yang baharu hanya menteri saja, dasar (luar) itu memang wujud, jangan cakap seolah-olah sebelum kerajaan ini (Pakatan Harapan) tiada dasar.

“Nasihat saya, ambil masa untuk perkasakan Wisma Putra kerana kakitangannya semua amat berkemampuan, termasuk dalam mengupas isu Palestin.

“Pada 2015, Malaysia mengemukakan Resolusi 2334 yang mengutuk penempatan haram oleh Israel di Baitulmaqdis, justeru usaha menerusi pentas dunia ini bukan dasar luar baharu,” katanya pada sidang Dewan Rakyat pada Isnin.


Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Saifuddin mengenai persetujuan terhadap hala tuju dasar luar Malaysia baharu seperti dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ke-71 (UNGA) di New York, pada 28 September lalu.

Anifah yang juga bekas Menteri Luar menasihatkan agar penggantinya belajar meneliti kandungan ucapan sebelum tampil membentangkannya untuk dibahaskan di Parlimen.

“Duduk dan teliti sejauh mana penyertaan kita seperti berkaitan isu Laut China Selatan yang menyaksikan pertikaian sembilan titik garisan di perairan bergolak berkenaan.

“Kalau kata ini semua dasar baharu, itu tidak berapa tepat. Selaku bekas Menteri Luar, saya pergi ke lebih 70 negara, antaranya terbabit dengan isu hak kemanusiaan, justeru dengar nasihat ini.

“Sebelum berucap, belajar dulu. Balik kawasan, nak canang mengenai dasar luar Malaysia baharu atau dijual kepada budak sekolah mungkin boleh terima, tapi di sini (Parlimen), mantan Menteri Luar ada dalam dewan,” tegasnya.

Berita Berkaitan

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan