Cap palsu: Lapan pegawai imigresen akan didakwa enam mahkamah - pakdin.my

Seramai lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Op Selat bulan lepas akan didakwa di enam mahkamah berasingan pada esok dan Rabu ini.

Menurut sumber, mereka akan dituduh atas kesalahan menerima wang sogokan setelah memperakukan cap keluar dan masuk pasport warga asing tanpa perlu keluar Malaysia.

Sumber memberitahu, esok masing-masing dua pegawai imigresen akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan dan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor manakala masing-masing seorang di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Mahkamah Sesyen Melaka.

Seorang daripada mereka pula akan dituduh pada Rabu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu.

Pada 16 Nov lepas, SPRM telah menjalankan satu operasi khas dengan kerjasama Jabatan Imigresen yang berjaya melumpuhkan aktiviti rasuah melibatkan sindiket yang menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara. — Bernama

UTAMABERITACap palsu: Lapan pegawai imigresen akan didakwa enam mahkamah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium