Home / BERITA / Dunia (page 20)

Dunia

Malaysia Kutuk Penawanan Dan Pengurungan Orang Awam

Malaysia melahirkan rasa sedih terhadap berita kematian Kayla Mueller, pekerja bantuan kemanusiaan Amerika Syarikat yang ditawan dan dikurung kumpulan militan IS pada 2013 dan dilaporkan dibunuh di Syria. Kementerian Luar dalam kenyataan Khamis berkata, Malaysia mengutuk penawanan dan pengurungan tanpa belas kasihan, orang awam yang tidak bersalah, yang membawa kepada …

Read More »

Lelaki Buka Pintu Kecemasan Sebelum Pesawat Berlepas

Seorang lelaki warga China bertindak membuka pintu kecemasan pesawat China Southern Airlines sebelum ia berlepas dari Lapangan Terbang Nanjing pada Isnin lalu, lapor media tempatan. Menurut The Beijing News, tindakannya itu dibuat dengan serta-merta selepas dia menaiki pesawat bagi penerbangan ke Nanning, telah menggemparkan kru kabin dan penumpang lain yang …

Read More »

#AirAsia #QZ8501: Mayat Penumpang Tunggal Malaysia Ditemui

Mayat Sii Chung Huei, rakyat Malaysia tunggal yang terbabit dalam insiden AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 yang terhempas pada 28 Disember lepas, telahpun ditemui dan dikenal pasti oleh pihak berkuasa Indonesia. Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata mayat Sii ditemui beberapa hari lepas namun hanya disahkan …

Read More »

#TransAsia #GE235: 72 Saat Yang Mencemaskan (video)

TAIPEI: Hanya 37 saat sebaik berlepas, salah satu enjin pesawat TransAsia Airways 235 dikatakan berhadapan masalah, menyebabkan juruterbangnya memadam enjin kedua. Juruterbang yang dianggap hero kerana berusaha mengemudi pesawat itu bagi mengelak merempuh bangunan di bandar ini seterusnya dilaporkan cuba menghidupkan semula kedua-dua enjin berkenaan. Bagaimanapun, masalah yang dihadapi pesawat …

Read More »

Bogel Di Angkor Wat: Dua Beradik Diusir

PHNOM PENH: Dua bersaudara warga Amerika yang ditangkap kerana merakam gambar bogel masing-masing di kompleks kuil Angkor yang terkenal di Kemboja diusir balik ke negara asal, menurut pegawai pada Ahad. Lindsey Adams, 22, dan adiknya Leslie, 20 dikesan melakukan perbuatan itu dalam kuil Preah Khan yang terletak dalam kawasan Tapak …

Read More »

#TransAsia #GE235: Siasatan Punca Nahas Tumpu Kegagalan Enjin

TAIPEI: Kegagalan satu enjin pesawat TransAsia yang terhempas di Taiwan pada Rabu hingga mengorbankan 35 nyawa serta kemungkinan juruterbang mematikan satu lagi enjin menjadi tumpuan siasatan, menurut pakar dan penganalisis penerbangan. Penemuan awal daripada kotak hitam pesawat itu dikeluarkan hari ini ketika terdapat laporan bahawa ketua juruterbang masih menggenggam alat …

Read More »

Juruterbang Berselfie Punca Pesawat Terhempas

SELFIE ketika mengendalikan pesawat mungkin menjadi punca kematian seorang juruterbang dan penumpang pesawat ringan di Colorado baru-baru ini. Hal ini kerana, siasatan terhadap bangkai pesawat mendapati, kapal terbang ringan itu tidak mengalami kerosakan yang menyebabkan ia terhempas. Sebaliknya pasukan penyiasat menemui kamera GoPro di ruang juruterbang yang telah rosak. Penyiasat …

Read More »

#TransAsia #GE235: Sekurang-kurangnya 25 maut nahas pesawat (video)

TAIPEI: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila pesawat penumpang TransAsia Airways terhempas ke dalam sungai di Taiwan, iaitu nahas kedua membabitkan pesawat syarikat itu dalam tempoh tujuh bulan. Ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan malam ini, sebuah kren mengangkat bahagian tengah bangkai pesawat dari sungai itu dan satu mayat ditemui. Bahagian …

Read More »

#TransAsia #GE235: Pesawat Taiwan Terhempas

TAIWAN: Sebuah pesawat penerbangan komersial Taiwan yang membawa 53 penumpang terhempas di Taipei pada pagi Rabu. Sehingga kini Central News Agency Taiwan berkata sekurang-kurangnya 10 orang berjaya diselamatkan dan 8 lagi di sahkan terkorban. Bagaimanapun nasib penumpang dan anak kapal yang lain pesawat TransAsia Airways itu masih belum diketahui.   …

Read More »

AirAsia #QZ8501: Alat Pemancar Lokasi Kecemasan Ditemui

Alat Pemancar Lokasi¬†Kecemasan (ELT) milik pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilaporkan ditemui di perairan dekat Mamuju, Sulawesi Barat, semasa operasi pencarian dilakukan di kawasan itu. Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas) Mamuju, Muhammad Rizal berkata, setakat Isnin, pasukan bersama mencari dan menyelamat (SAR) menemui tujuh mayat yang dipercayai merupakan penumpang …

Read More »

Singapura Sekat Laman Web Judi Berkuatkuasa 2 Februari

SINGAPURA: Laman web yang menyedia, mengiklan atau mempromosi perkhidmatan judi jarak jauh akan disekat mulai Isnin (2 Februari) sebaik saja Akta Judi Jarak Jauh (RGA) dikuatkuasakan, demikian diumumkan Kementerian Dalam Negeri (MHA). Dalam satu kenyataan, MHA berkata transaksi bayaran berkaitan aktiviti judi jarak jauh haram akan juga disekat. RGA diluluskan …

Read More »

IS Serang Hotel Mewah, 9 Orang Kenamaan Terbunuh

TRIPOLI: Seramai sembilan orang yang terdiri daripada diplomat dan orang kenamaan terbunuh selepas tiga lelaki bersenjata yang mendakwa mewakili kumpulan Negara Islam (IS) melakukan serangan di sebuah hotel mewah di ibu negara Libya itu pada Selasa. Jurucakap pegawai keselamatan, Issam al-Naass berkata, serangan secara rambang itu dilakukan tiga suspek selepas …

Read More »