Penyanyi Awie masih hidup – Berita palsu 2013 di sebar semula

Penyanyi Awie masih hidup dan baharu sebentar tadi dihunungi menerusi aplikasi WhatsApp. Sebelum ini tersebar luas laporan yang tersebar dalam laman sosial mengatakan beliau meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya di Lahad Datu. Bagaimanapun Awie yang dinyatakan dalam laporan itu difahamkan peminat fanatik beliau yang mendapat gelaran Awie Lahad … Read More ›

Pelawak Os Maafkan Penyebar Fitnah Berita Kematiannya

Pelakon dan pelawak Mr Os tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah di laman sosial sejak Rabu kononnya dia sudah meninggal dunia. Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 54, berkata, dia sudah memaafkan pihak tersebut dan berharap kejadian itu dapat menjadi ikhtibar kepada semua … Read More ›

Mr Os ‘Cuti’ Bawa Teksi Akibat Pembedahan Tonsil

Pelawak Mr Os semakin pulih selepas dimasukan ke Hospital Selayang selama lapan hari sejak 14 Mac lalu kerana menjalani pembedahan penyakit tonsil. Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 64, ketika dihubungi berkata, dia kini semakin sihat selepas membuat pembedahan penyakit itu. “Saya telah dimasukan ke hospital selama … Read More ›

Berat Badan Zamani Naik 9kg Lepas Sebulan Jalani Pemulihan

AMPANG: Berat badan bekas vokalis Slam, Zamani Ibrahim, 44, meningkat sebanyak sembilan kilogram selepas lebih sebulan menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan di ibu negara. Peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata, peningkatan tersebut menunjukkan perkembangan positif terhadap tahap kesihatan penyanyi itu selepas menjalani proses pemulihan sejak akhir Januari lalu. “Alhamdulillah, dia … Read More ›

‘Saya mahu berubah’ – Zamani

VOKALIS Slam, Zamani Ibrahim yang dibebaskan daripada tahanan reman kira-kira pukul 9.45 pagi ini kelihatan cukup tabah dan reda atas insiden yang berlaku termasuklah video dia menyanyi dalam keadaan bergari di dalam lokap tersebar. Bertemu dengannya satu jam selepas dibebaskan, Zamani tetap berpenampilan tenang di samping tidak mengelak sorotan pihak … Read More ›

Apa yang berlaku ke atas diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) – Zamani

Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 44, yang dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 10.15 pagi tadi tidak mahu mengulas kenyataan Shaari Amri yang mengaitkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dalam kes penyalahgunaan dadah yang membabitkan dirinya. Zamani berkata, apa yang berlaku tiada kena mengena dengan penyanyi wanita itu, sebaliknya dia menganggap … Read More ›

Siti Nurhaliza enggan komen kaitan beliau dan Zamani

Tindakan komposer terkenal pada era 90-an, Saari Amri memuat naik status di laman sosial dipercayai mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza yang tahu mengapa bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Berikutan tindakan Saari itu mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat. Saari dalam entri di Facebook menulis “Siti Nurhaliza tahu … Read More ›

Zamani Akui Tak Dipaksa Nyanyi Cuma Layan Polis Peminat Tegar Slam

Penyanyi Zamani (Slam) mengakui tiada sebarang paksaan ketika anggota polis merakamkan dia menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang pada hari pertama ditahan di lokap pada Rabu. Penyanyi berusia 44 tahun yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya itu berkata, dia dengan rela hati menyanyi kerana diminta berbuat … Read More ›

Caliph Busker – Biodata

Kejutan dengan persembahan istimewa dari kumpulan Mojo yang bergandingan dengan band istimewa iaitu Caliph Buskers. Persembahan yang membawakan lagu Romancinta Mojo feat Caliph Buskers ini mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Mendapat standing ovation ketika persembahan kumpulan ini kerana kagum dengan suara penyanyi iaitu ketua kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat. Lagu … Read More ›

Caliph Buskers Mahu Terus Jadi Pemuzik Jalanan (video)

KUMPULAN Caliph Buskers yang cacat penglihatan akan terus menjadi pemuzik jalanan biarpun nama mereka melonjak popular selepas memenangi Persembahan Terbaik dalam AJL 29 Ahad lalu. Ketua kumpulannya iaitu Khairul Azmi Saat atau Azmi, 28, berkata, dia tidak mahu menggunakan alasan kerana kejayaan itu untuk meninggalkan rutin harian berkenaan sebaliknya berpegang … Read More ›

Meliani Gitaris Rock Popular Di YouTube Taat Agama Walau Gemar Metal (video)

BANDUNG: Gadis bertudung yang mengagumkan ramai orang dengan kebolehannya bermain gitar elektrik rupanya seorang pelajar pintar dan taat agama di sekolahnya. Baru-baru ini klip video memaparkan Meliani Siti Sumartini ‘menggoreng’ gitar elektrik membawa lagu Hourglass nyanyian kumpulan metal Lamb Of God memukau ramai orang. Dalam tempoh seminggu dimuat naik di … Read More ›

AJL29: Edry Ganding Mojo Dengan Caliph Buskers Cacat Penglihatan (video)

Pencipta lagu Romancinta yang dipopularkan oleh Mojo, Edry Abdul Halim punya idea tersendiri untuk persembahan pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29), malam ini. Edry telah memilih sekumpulan pemuzik jalanan atau buskers yang menggelarkan diri mereka Caliph Buskers untuk berkolaborasi bersama-sama kumpulan Mojo, memetik laporan Murai.com. Uniknya, anggota Caliph … Read More ›