CCCC kecewa dengan perintah penggantungan kerja ECRL - pakdin.my

#KERAjaanTomato #FaktaBukanAuta #BapakPenyanunNegara #BapakKroniNegara

China Communications Construction Company (CCCC),
kontraktor untuk Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), kecewa kerana kerajaan telah menggantung semua kerja projek itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata ia tidak mempunyai pilihan tetapi mematuhi perintah itu.

“Walaupun tempoh penggantungan belum ditentukan, kami bimbang akan menanggung kos tambahan, kerugian dan ganti rugi yang timbul daripada penggantungan,” katanya dalam kenyataan itu.

“Kami kecewa dan bimbang tentang nasib 2,250 pekerja tempatan kami, serta beberapa ratus kontraktor, pembekal dan firma perundingan,” katanya.

Terdahulu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd telah memberitahu CCCC untuk menangguhkan kerja di projek keretapi sepanjang 688.3 km dengan alasan kepentingan negara.

Penggantungan itu berlaku sehari selepas Kementerian Kewangan menyatakan bahawa kos akhir projek ECRL adalah RM81 bil dan CCCC perlu mengurangkan kos pembinaan dengan ketara untuk menjadikannya berdaya maju dari segi pembiayaan.

Projek ECRL mulanya diluluskan oleh Kerajaan pada 21 Okt 2016 sementara perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan ditandatangani dengan CCCC pada 1 Nov 2016.

Skop projek asal adalah untuk membina landasan keretapi dari terminal pengangkutan bersepadu di Gombak, Selangor ke Wakaf Bharu di Kelantan dengan kos RM46 bilion.

Pada 13 Mei tahun lalu, pentadbiran terdahulu menandatangani perjanjian tambahan dengan CCCC untuk melaksanakan Fasa 2 projek itu untuk memperluaskan laluan dari ITT Gombak ke Pelabuhan Klang untuk RM9 bilion. Menjadikan jumlahnya RM55 bilion.

Ini bertentangan dengan pembohongan Daim Zainudin yang mengatakan kos sebenar adalah RM66 bilion dimana kos RM55 bilion tidak termasuk sambungan sehingga ke Pelabuhan Klang.

CCCC kecewa dengan perintah penggantungan kerja ECRL


Rujukan:

UTAMAEKONOMICCCC kecewa dengan perintah penggantungan kerja ECRL

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium