Cemar imej AGC - pakdin.my

Sememangnya kita tidak mempertikaikan kedudukan dan kuasa seseorang Peguam Negara untuk berperanan secara adil dan saksama seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dimana kuasa budi bicara Peguam Negara adalah mutlak dan tidak boleh dicabar di mana-mana Mahkamah. Pada masa yang sama, kuasa budi bicara yang diperuntukkan tersebut hendaklah dilaksanakan dengan prinsip undang -undang dan tidak menyebelahi mana-mana pihak selain menimbang kepentingan awam (public interest)

2. Tetapi seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini terdapat satu tren membimbangkan dimana terdapat pengguguran kes-kes pendakwaan yang melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang berterusan. Pada hari ini satu lagi kes yang digugurkan oleh Peguam Negara iaitu terhadap kes YB Lim Guan Eng sekaligus menyebabkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara itu sendiri dipersoalkan. Malah pihak SPRM sendiri terkejut dengan keputusan sedemikian. Apatah lagi, Peguam Negara sendiri pernah mewakili YB Lim didalam kes ini sebelum menjadi Peguam Negara.

3. Peguam Negara perlu menjelaskan perkara ini kerana persepsi buruk yang ditimbulkan ini adalah sesuatu yang bahaya dan mengancam doktrin pengasingan kuasa di Malaysia dan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap sistem pentadbiran negara. Beliau juga tidak wajar sewenang-wenangnya menyatakan tidak mencampuri kes ini dan melepaskan tanggungjawab tersebut kepada Peguam Cara Negara.

4. Pada 26 Mac 2018, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Rashid Daud dalam ucapan pembukaan dalam Mahkamah Tinggi Malaya di George Town telah menyatakan bahawa pihaknya akan membuktikan bahawa Lim Guan Eng sebagai penjawat awam telah membeli rumah daripada Phang Li Koon dengan harga yang diketahuinya di bawah nilai harga pasaran, dan semasa pembelian ini dibuat, Guan Eng telah membenarkan permohonan syarikat Li Koon untuk mengubah status tanah pertanian kepada tanah perumahan.

5. Justeru bagaimana sekarang Jabatan Peguam Negara boleh menyatakan bahawa tiada apa-apa kes terhadap kedua-dua mereka dan menarik-balik pertuduhan tersebut. Ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal langsung dan mengambarkan Peguam Negara lantikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sudah mula menyalahgunakan kuasa budi bicara yang diperuntukkan oleh undang-undang dan memberikan _preferential treatments_ dan _favouritism_ kepada pemimpin pemimpin Pakatan Harapan.

6. Justeru, perkara ini yang saya bangkitkan beberapa kali di Parlimen sebelum ini supaya Kuasa Peguam Negara dan Pendakwaraya diasingkan untuk mengelakkan campurtangan mana-mana pihak yang mana perkara sebegini akan dikhuatiri terus berlaku dan menjadi lebih parah di masa hadapan. Hari ini persepsi terhadap Badan perundangan di Negara ini tercalar dan Kerajaan PH harus mengambil tanggungjawab penuh terhadap perkara ini. Prinsip ‘rule of law’ semakin hari semakin terhakis di negara ini.

7 . Peguam Negara wajib menjelaskan perkara ini memandangkan rakyat memerlukan penjelasan, apatah lagi SPRM sendiri terkejut dengan keputusan tersebut. Jangan bersembunyi disebalik kuasa yang diperuntukkan di bawah 145(3) atau letak jawatan dengan segera tanpa menjejaskan lagi kredibiliti Jabatan Peguam Negara.

8 . Saya juga menggesa Majlis Peguam Malaysia membuat satu mesyuarat tergempar mengenai perkara ini dan menyatakan pendirian mereka dalam perkara ini.

DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
AHLI PARLIMEN PENGERANG
AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO
KETUA UNIT UNDANG-UNDANG UMNO

………
https://pakdin.my/tag/peguam-negara

UTAMABERITACemar imej AGC

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium