CEO Tabung Haji dan tanah wakaf

Jika kamu hendak ramal nasib Tabung Haji nanti di bawah CEO Zukri Samat bacalah tulisan saya yang lepas.

Zukri merupakan CEO Bank Islam sebelum ini. Ibu pejabat bank ini didirikan atas tanah wakaf seorang jutawan india muslim bernama Ahmad Dawjee Dadabhoy.

Hari ini anda solat jumaat di Bank Islam hanya di parkir kereta. Demikianlah manusia muslim yang berjaya tanpa roh perjuangan Islam.

Apa perasaan allahyarham jika melihat keadaan tersebut? Janganlah harap harta orang Islam akan ditadbir dengan ihsan dan kasih sayang.

Bayangkan pengorbanan Ahmad Dawjee dengan sikap CEO Tabung Haji hari ini.

Nota kaki:
Mereka tak faham konsep BARAKAH. Sebab itu surau Bank Rakyat dinamakan BARAKAH.

Ab Jalil Backer
…..
Tulisan sebelum nya disini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213174478656932&id=1244194023

Pengalaman Solat Jumaat Di Dua Bank

(I) Sebuah Bank Beraliaskan Islam

Saya selalu solat jumaat di sebuah bank beraliaskan Islam ini. Ia didirikan di atas sebuah tanah wakaf di kawasan segitiga emas, Kuala Lumpur.

Didirikan atas tanah wakaf, bank ini hanya menyediakan surau solat Jumaat di tempat parkir kereta. Tidak dinafikan disediakan penghawa dingin yang cukup kuat dan skrin paparan Khutbah Jumaat.

Walaupun didirikan atas tanah wakaf dan dinaungi sebuah bank besar surau ini masih mengedarkan tabung-tabung derma semasa Khutbah dibacakan.

Setiap kali habis solat, Jemaah akan bersesak menggunakan tangga selebar 5 kaki untuk naik ke permukaan bumi.

Jika saya ahli keluarga orang yang mewakafkan itu pasti sedih melihat keadaan ini. Boleh bina bank berbelas tingkat, namun akhirnya surau di parkir kereta sahaja.

ii) Bank Rakyat

Bulan lepas saya sempat solat Jumaat dan Maghrib di Menara Bank Rakyat.

Alhamdulillah, bank ini menyediakan menyediakan surau yang sangat kemas dan “spacious”. Jika tidak silap saya di Tingkat 4 atau 5.

Apabila Jumaat, dewan-dewan lain dibuka memberi keselesaan kepada jemaah. Jauh lebih selesa dari beberapa masjid sekitar Kuala Lumpur.

Cuma hal yang sama berlaku, tabung derma diedarkan ketika khatib membaca Khutbah.

Hentikanlah mengutip derma melalui tabung bergerak ketika solat Jumaat. Cukuplah letak tabung besar sahaja di setiap pintu masuk.

Saya dididik kita perlu mendiamkan diri ketika Khutbah dibaca. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila kamu berkata ‘diam’ kepada sahabat kamu pada hari Jumaat ketika imam membaca khutbah maka sia-sialah Jumaat kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi apa kejadah kita terhegeh-hegeh menolak tabung pada masa Khatib membaca khutbah?

Bukan kita mahu bermegah-megah dengan surau dan masjid yang indah, tapi kita juga tidak mahu surau dan masjid kita dianggap lekeh kerana ia mencerminkan kedudukan kita sebagai umat Islam di Malaysia.

Apa pun tahniah dan terima kasih kepada Bank Rakyat. Tidak perlu nama Islam dan tanah wakaf untuk menyumbang semula kepada syiar Islam.

Bacaan tambahan:
Tabung Haji : Cara fikir kita berbeza

Tabung Haji : Cara fikir kita berbeza

Comments (No)

Leave a Reply