Home BERITA AGAMA Ceramah Azhar Idrus, Ibarat Cerita Lucah, Sia-Sia Dan Menjual Agama

Ceramah Azhar Idrus, Ibarat Cerita Lucah, Sia-Sia Dan Menjual Agama

ceramah azhar idrus

- Advertisement -

Tindakan salah seorang aktivis pembangkang, Khalid Mohd Ismath yang mengkritik penceramah politik, Azhar Idrus telah mengundang kemarahan pengikut fanatik ustaz tersebut. Disebabkan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Khalid telah diserang dengan pelbagai kata-kata makian dan cacian dan disifatkan telah menghina Islam.

Bukan niat untuk membela tindakan anak didik pembangkang ini, namun sekadar ingin memperlihatkan betapa fanatik dan jumudnya para pengikut pembangkang yang jelas tidak boleh menerima sebarang teguran dan kritikan.

Sedangkan sebelum ini, mereka begitu hebat melaungkan hak asasi dan kebebasan bersuara bagi membolehkan mereka memaki dan mencerca para pemimpin negara. Bagi mereka yang sering menghadiri ceramah, program dan demonstrasi anjuran pembangkang ini, pasti dapat melihat bagaimana biadapnya mereka menghina para pemimpin.

Apabila disoal, mereka berkata ia adalah sebahagian dari hak dan kebebasan yang ingin mereka perjuangkan. Namun apabila perkara yang sama terkena atas tokoh dan para pemimpin mereka, ia dianggap bodoh dan menghina Islam. Tambah menyakitkan hati apabila mereka, apabila menerima kritikan dari orang yang lahir dari acuan yang diajarkan oleh ‘sekolah politik’ pembangkang.

Khalid melalui laman sosial twitter dan facebooknya sebelum ini menyifatkan ceramah agama yang dianjurkan itu sebagai satu perkara yang paling hina.

- Advertisement -

“Sambutan tahun baru (yang) disambut dengan ceramah agama adalah paling hina. Lebih baik ke Dataran Merdeka, ubah kerajaan daripada jual agama.

“Ketika kawan-kawan kita sedang bermati-matian di dataran (merdeka), apa hukumnya kita yang tidak berjuang bersama (tetapi hanya) bergelak-tawa mendengar ceramah agama yang penuh unsur-unsur gelak tawa?. Ketika kawan-kawan kita sedang ‘berperang’ dengan musuh-musuh Allah (kerajaan BN).

Dia turut berkata, penyertaan ahli Pas dalam perhimpunan haram di Dataran Merdeka tengah malam tadi merupakan langkah awal kepada kejayaan mengubah corak pemikiran pemimpin Pas yang selama ini disempitkan oleh anasir jumud kepada anasir pemikiran liberal.

“Pilih, sama ada nak Azhar Idrus yang buat lawak sia-sia atau berjuang bersama pemuda Pas dan kawan-kawan NGO serta punk dan skinhead?” katanya.

Tidak cukup dengan itu, melalui postingnya di dalam Facebook, dia menyifatkan ceramah yang dilakukan oleh Azhar Idrus itu sebagai ceramah lucah.

“Buat mereka yang fikir ini ‘bermanfaat’. Lebih kurang filem porn” jelasnya yang turut memberikan link terhadap ceramah tersebut.

Semalam, Azhar menyampaikan ceramah dalam majlis Sembang Ambang 2014 di Padang Majlis Bandaran Butterworth, Pulau Pinang.

- klik iklan -
-klik-klik iklan-

Berita berkaitan

7 sekeluarga dijangkiti Covid-19 akibat terawih di masjid

Tujuh sekeluarga disahkan positif virus Covid-19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid. Kompas melaporkan, keluarga dari daerah Joyontakan, Solo itu terdiri...

Jururawat hamil dirogol ketika menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19

SEORANG jururawat yang sedang hamil menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit...

Tak hirau perintah berkurung, kawasan pantai tiba-tiba dipenuhi kondom

SEGELINTIR individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan untuk mengekang penularan Covid-19. Sebaliknya, berlaku penemuan mengejutkan apabila banyak kondom, gel pelincir serta...

[Video] ‘Lockdown’ Kota Madinah mula dilonggarkan

Kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan 'lokdown' di kota Madinah. Penduduk kini dibenarkan keluar dari kediaman mereka antara jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Menurut Arab...

1 COMMENT

  1. Para ustaz ingin menyampaikan ilmu dikatakan sia-sia. Golongan munafik apabila diberitahu akan kebenaran akan menentang dan memperlekehkan kebenaran tersebut. Fitnah dengan mengatakan ibarat cerita lucah bla bla bla.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

TERUSKAN BERSAMA KAMI

991FansLike
4,777FollowersFollow
3,327FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

TERKINI

Satu lagi “kejadian besar”? Mahathir tetap mahu jadi PM

Setakat ini, Dr. Mahathir masih mahu menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana...

5 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran hospital

Lima pesakit koronavirus mati dalam kebakaran di sebuah hospital di Dhaka. Punca kebakaran masih belum diketahui, kata Pengarah Perkhidmatan Bomba, Zillur Rahman. Bagaimanapun, difahamkan kejadian itu...

Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain dipecat dari Bersatu

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta-merta. Selain Dr Mahathir, turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz...

Mahathir Akan Mengadap Agong Untuk Bentuk Kerajaan Baharu

Blogger Pakatan Harapan (PH), Shahbudin Husin mendakwa Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bagi...

[Video] Akan berlaku pertukaran kerajaan semula?

Mereka dilihat sedang menjalankan propanda bahawa era Kerajaan Perikatan Nasional di bawah Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal berakhir tidak lama lagi dan kerajaan...

SERING DIBACA

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..