Ceramah tempat gelap, penyokong Pas jatuh parit #PRU13 - pakdin.my

ORANG ramai membantu seorang lelaki penyokong Pas yang terjatuh ke dalam parit ketika menyeberanginya dalam keadaan gelap dan tanah licin akibat hujan, sewaktu Mohamad Sabu berucap pada ceramah Pas di Bandar Baru Uda, Johor Bahru
ORANG ramai membantu seorang lelaki penyokong Pas yang terjatuh ke dalam parit ketika menyeberanginya dalam keadaan gelap dan tanah licin akibat hujan, sewaktu Mohamad Sabu berucap pada ceramah Pas di Bandar Baru Uda, Johor Bahru

JOHOR BAHRU 6 April – Gara-gara sikap parti-parti pembangkang yang gemar mengadakan ceramah di tempat sempit dan gelap, akibatnya para penyokong mereka menanggung azab.

Dalam satu majlis ceramah Pas di di Bandar Baru Uda di sini malam tadi, seorang pengunjung yang juga penyokong parti itu terjatuh parit ketika menyeberanginya dalam keadaan gelap.

Orang ramai terpaksa membantu lelaki berusia 50-an itu yang dipercayai tergelecek ke dalam parit berkenaan kerana keadaan tanah yang licin dan berlumpur selepas hujan pada petang semalam.

Kejadian tersebut berlaku ketika Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedang berucap di atas pentas. Turut berceramah sebelumnya ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub.

Ekoran kejadian itu, pengacara majlis, Onn Jaafar, yang juga Ahli Badan Perhubungan Pas Johor terpaksa membuat pengumuman agar pengunjung yang hadir hati-hati melangkah bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kecederaan.

……

azizan-terjatuh-selepas-mohon-perkenan-bubar

Kelmarinn Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terjatuh ketika menuruni anak tangga selepas menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri-negeri dikuasai pembangkang di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya.

Kejadian tersebut berlaku apabila Azizan terlangkau satu anak tangga menyebabkan beliau terjatuh berhampiran kenderaan rasminya.

UTAMAPILIHAN RAYACeramah tempat gelap, penyokong Pas jatuh parit #PRU13

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium