Wednesday - August 4, 2021 @ 00:09
NASIONALSABAH#CerobohSabah: Kerajaan tidak sembunyi maklumat

#CerobohSabah: Kerajaan tidak sembunyi maklumat

Kampung Seri Jaya Siminul
Kampung Seri Jaya Siminul

KANGAR – Kerajaan tidak pernah cuba menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dan kawasan berhampiran di Sabah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata kerajaan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang perkembangan sesuatu kejadian di negeri itu sebelum menyalurkannya kepada umum.

“Bukan nak tutup dan tak nak beritahu rakyat. Kita kena beritahu gambaran tepat dan jelas. Kita tak nak beri maklumat terburu-buru.

“Takut nanti kita disalahkan dan dituduh cuba menakut-nakutkan rakyat Kita tunggu gambaran sebenar. Saya dah arahkan Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera buat kenyataan (bila ada maklumat),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, dekat sini, hari ini.

Najib berkata beliau percaya rakyat faham dan yakin, kerajaan berada pada pihak yang benar.

“Kita yang selama ini menjaga kedaulatan, keamanan dan ketenteraman di Sabah dan negara ini,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati seorang lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan seorang pegawai dan empat anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi, Najib berkata kejadian itu menunjukkan kemarahan rakyat kepada kumpulan penceroboh itu.

“Mereka bertindak sendiri untuk menyelamatkan orang kampung yang dijadikan tebusan. Mereka tunjukkan keberanian luar biasa. Orang kampung tak setuju dan bertindak tanpa takut akan nyawa mereka,” katanya.

Najib bagaimanapun masih belum mendapat maklumat mengenai bilangan orang kampung yang dijadikan tebusan dalam insiden tersebut.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here