Monday - August 2, 2021 @ 13:45
NASIONALSABAH#CerobohSabah: Sultan Sulu Dakwa Empat Rakyat Malaysia Ditawan ?

#CerobohSabah: Sultan Sulu Dakwa Empat Rakyat Malaysia Ditawan ?

Sitti Krishna Idjirami (kiri), adik kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III (tengah) dan Putera Mahkota Bantillan Kiram (kanan) bercakap pada sidang media di Manila, Selasa. Presiden Filipina Benigno Aquino memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berdepan tindakan undang-undang sekira pengikutnya masih enggan meninggalkan Sabah
Sitti Krishna Idjirami (kiri), adik kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III (tengah) dan Putera Mahkota Bantillan Kiram (kanan) bercakap pada sidang media di Manila

KUALA LUMPUR: Empat rakyat Malaysia didakwa telah tawan oleh kumpulan penceroboh bersenjata di Semporna, lapor stesen radio Filipina pada Ahad.

Terdahulu, pihak berkuasa Malaysia mengatakan mereka telah menawan tiga penceroboh Filipina itu diikuti dengan pertempuran di tiga lokasi di Sabah yang menyebabkan kematian lima anggota polis dan dua anggota kumpulan penceroboh.

Kumpulan bersenjata yang mendakwa mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III, berkata kepada pemberita di Bandar Taguig, lapor stesen radio Filipina ‘dzBB Divine Caraecle’.

Jamalul dipetik sebagai berkata dia tidak mengarahkan serangan terhadap pihak berkuasa Malaysia dan menegaskan pengikutnya juga diarahkan untuk menghormati hak rakyat Malaysia yang ditawan itu.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here