Tuesday - July 27, 2021 @ 06:52
NASIONALSABAH#CerobohSabah: Tiga Mayat Lelaki Bersenjata Berlumuran Darah Terbiar

#CerobohSabah: Tiga Mayat Lelaki Bersenjata Berlumuran Darah Terbiar

semporna-mayat-penceroboh4KAMPUNG SIMUNUL: Tiga mayat yang disyaki amerupakan lelaki bersenjata Sulu yang ditembak mati pada Sabtu masih terbaring di Lorong 5 di Kg Simunul, jalan sepanjang satu kilometer yang terpaksa dilalui oleh beratu-ratus keluarga yang ingin berpindah.

Satu mayat berada di atas bot, satu lagi di atas titian kaku dan yang ketiga di sebuah rumah panjang.

Kawasan sekitar berlumuran dengan darah.

Penduduk kampung berkata, mereka tidak tahu siapa yang akan mengebumikan mayat itu dan mereka menyatakan mengenai ketakutan terhadap mayat berkenaan.

Seramai enam anggota polis turut terbunuh dalam kejadian tembak-menembak itu.

Penduduk kampung di Lorong 5 sudah pun meninggalkan kawasan, dan penduduk luar Lorong 5 dalam perkampungan air kembali pulang.

“Kami tinggal di sini selama lebih 30 tahun. Kami bukan pengikut Sultan Sulu.

“Kami takut selepas insiden tembak-menambak, tidak selamat lagi di sini,” kata salah seorang penduduk kampung yang enggan dikenali.

Tiada anggota polis beruniform atau anggota tentera dilihat pada pagi Isnin apabila penduduk kampung mengemas barang-barang mereka, termasuk peti sejuk, televisyen dan dapur, untuk menetap bersama saudara-mara mereka di tempat lain.

semporna-mayat-penceroboh4

semporna-mayat-penceroboh2

semporna-mayat-penceroboh3

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here