27.4 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Charlie Hebdo: Juruhebah Radio Kenakan Pemanggil Rasis

James O'Brien ketika bertugas mengendalikan segmen isu semasa di stesen radio LBC
James O’Brien ketika bertugas mengendalikan segmen isu semasa di stesen radio LBC

LONDON: Seorang juruhebah stesen radio LBC menunjukkan kecerdasan akalnya apabila berdepan dengan pemanggil yang menyalahkan Islam atas serangan ganas di pejabat akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo.

Insiden itu berlaku ketika James O’Brien bertugas sebagai hos untuk rancangan bual bicara isu semasa di stesen berkenaan bagi segmen mulai pukul 10 pagi hingga 1 petang.

Dia sedang membincangkan tragedi yang berlaku di Perancis apabila seorang pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai Richard menuntut semua umat Islam memohon maaf atas pertumpahan darah di Paris.

O’Brien kemudian bertanya kepada Richard sama ada dia sendiri perlu meminta maaf atas kejadian berkenaan.

Pertanyaan itu dijawab Richard dengan bertanya semula kepada O’Brien: “Mengapa pula saya perlu meminta maaf?”

Kemudian O’Brien mula menunjukkan kelicikannya mematahkan hujah Richard dengan mengatakan serangan di Paris itu bukan dilakukan atas nama Islam.

Sekali lagi, O’Brien mempersoalkan pemanggil dengan memberi contoh cubaan serangan bom kasut pada 2001 yang digagalkan pihak berkuasa.

“Serangan itu dilakukan lelaki bernama Richard Reid.

“Jika mengikut logik, semua lelaki bernama Richard perlu memohon maaf,” katanya hinggakan si pemanggil itu makin kematian hujah.

Walaupun Richard masih cuba menjustifikasi tuntutannya, O’Brien pantas mematahkan kata-katanya sambil membalas: “Rasanya anda boleh mengaku salah, kawan.”

Berita Berkaitan

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di...

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...