27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

Charlie Hebdo: KPN Minta Rakyat Renung Kepentingan Akta Hasutan

Polis Sudah Lengkap Siasatan Kes Video Seks
Datuk Seri Khalid Abu Bakar

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan rakyat Malaysia agar merenung kepentingan pengekalan Akta Hasutan 1948 disebalik kejadian serangan di Paris, Perancis Rabu lepas.

“Ambillah iktibar kejadian di Paris. Itulah sebabnya kita memerlukan Akta Hasutan dan @PDRMsia tidak akan membiarkan penghasut agama,” kata Khalid dalam laman Twitternya.

Beliau berkata undang-undang seperti Akta Hasutan berupaya membolehkan polis menghapus tindakan pelampau atau kumpulan ekstremis daripada peringkat awal.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya berhati-hati dalam memberi sebarang komen agar tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Insiden keganasan selama tiga hari di Paris melibatkan sekumpulan bersenjata api dan bertopeng melepaskan tembakan di pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo menyebabkan 12 orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah.

Khalid turut mengeluarkan kenyataan melalui laman Twitternya bahawa pasangan Amedy Coulibaly dan isterinya, Hayat Baumeddiene yang menawan beberapa tebusan di sebuah pasar Raya di Paris pada Jumaat lepas tidak pernah memasuki Malaysia seperti yang didakwa laporan media asing.


“Semakan @PDRMsia, Amedy Coulibaly dan isterinya, Hayat Baumeddiene yang ditembak mati di supermarket di Paris tidak dikesan masuk Malaysia,” katanya.

Media asing baru-baru ini melaporkan bahawa pasangan tersebut pernah bercuti di Malaysia tetapi tidak menyatakan tarikh kunjungan mereka.

Coulibaly ditembak mati oleh polis sementara Boumeddiene melarikan diri ketika insiden berbalas tembakan dengan polis berlaku.

Penjenayah itu dikatakan mendesak pembebasan Cherif Kouachi, 32, dan Said Kouachi, 34, yang menyerang pejabat akhbar Charlie Hebdo serta membunuh 12 orang sebelum pasangan adik beradik itu ditembak mati di Dammartin-en-Goele.

Charlie Hebdo akhbar provokasi – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo yang diserang dengan senjata api sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh sebagai akhbar pencetus provokasi. Menurutnya, akhbar satira berkenaan tidak menghormati agama…

 

Kontroversi Charlie Hebdo – Pernah Hina Islam

Charlie Hebdo atau yang dalam bahasa Inggeris dikenali ‘Charlie Weekly’ adalah akhbar mingguan Perancis yang memuatkan kartun dalam bentuk satira, laporan, polemik serta lelucon (humor). Menurut laporan Kompas.com, akhbar Charlie Hebdo dikenali sebagai anti-agama…

Berita Berkaitan

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...