25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Charlie Hebdo: Rusuhan Berlarutan, Angka Korban Meningkat

Charlie Hebdo rusuhan niamey

NIAMEY: Penyiaran kartun Nabi Muhammad dalam akhbar satira, Charlie Hebdo mengakibatkan lima terkorban dalam kejadian rusuhan di bandar ini kerana membantah tindakan media Perancis itu.

Keganasan yang tercetus di ibu negara Niger itu semakin sukar dikawal apabila penunjuk perasaan membakar gereja, rumah dan premis perniagaan.

Sekurang-kurangnya lapan gereja di Niamey, selain mensasarkan hotel, bar dan beberapa bangunan kerajaan yang dimiliki bukan Islam atau ada kaitan dengan firma Perancis dibakar atau dirosakkan.


Keganasan masuk hari kedua di negara Afrika Barat itu meletus selepas lima terbunuh manakala 45 lagi cedera dalam tunjuk perasaan besar-besaran di bandar raya kedua terbesar, Zinder pada Jumaat.

“Ramai penduduk terpaksa mengurung diri di rumah kerana ketakutan.

“Kerajaan patut menghentikan keganasan ini. Ia tidak baik untuk negara kita,” kata seorang penganut Kristian di sini.

Setakat ini, pasukan polis masih berkawal di pinggir bandar serta ditempatkan di beberapa bangunan agama di sekitar bandar ini.


“Semua lima yang korban di Niamey adalah orang awam,” kata Presiden Niger, Mahamadou Issoufou dalam siaran televisyen.

Selain itu, angka korban di Zinder meningkat kepada lima dengan empat mayat ditemui rentung di dalam sebuah gereja.

Berita Berkaitan

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di...

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...