‘Check-in’ ramai-ramai…

Kesemuanya berusia antara 16 hingga 19 tahu

AMAT mengejutkan apabila sembilan remaja lelaki belasan tahun ditemui bersama tiga remaja perempuan dalam sebuah bilik hotel di Lebuh Raya Darulaman, dekat Alor Setar, semalam.

Kesemuanya berusia antara 16 hingga 19 tahun ditemui dalam serbuan oleh sepasukan anggota polis bersama anggota Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) di hotel itu, 11.45 pagi semalam.

Ketika serbuan, mereka sedang tidur dan seorang daripadanya membuka pintu selepas terdengar ketukan pintu dari luar.

Bilik yang disewa mereka itu kecil namun mereka sanggup berhimpit bagaikan tin sardin.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pada mulanya, pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di bilik hotel berkenaan.

Beliau berkata, selepas diperiksa, terdapat sembilan lelaki dalam bilik berkenaan dalam keadaan mencurigakan dengan keadaan fizikal mereka rambut pelbagai warna selain mengesyaki mereka terbabit dengan gejala tidak sihat.

“Tindakan curiga mereka menyebabkan kami menyerahkan kes itu kes kepada polis kerana mengesyaki mereka terbabit dengan aktiviti berkaitan dadah.

“Kebanyakan mereka berasal dari Kuala Nerang, Pendang, Alor Setar, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Perlis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Radzi berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

Berikutan itu, kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Kota Setar untuk tindakan lanjut selepas kes diserahkan kepada polis.

“Sehubungan itu ibu bapa diminta supaya mengawasi anak masing-masing supaya tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral,” katanya.

Loading...