Chin Peng adalah PENGKHIANAT NEGARA - pakdin.my

Saya bertemu PW I (U) Cheng Chiam Chai (Bersara) pertama kali ketika saya bertugas di Pangkalan Udara Butterworth. Masa tu saya masih berpangkat Mejar.

Dialah anggota TUDM berbangsa Cina pertama yang dianugerahkan ‘Green Beret’ apabila dia menamatkan latihan Komando. Darah perajurit mengalir di tubuhnya usah dipersoalkan. Bersemangat dan berkobar-kobar dia mengimbau kenangan di zaman perkhidmatannya dulu sebagai Kuatermaster Udara.

Sesekali bergenang airmatanya apabila dia menceritakan jerih payahnya terlibat di dalam operasi udara. Apatah lagi ramai rakan perjuangannya terkorban di dalam nahas udara. Dedikasi dan pengorbanan mereka tidak terbalas dengan anugerah dan wang ringgit.

6 kali terlibat dalam keadaan kecemasan termasuk nahas helikopter tetapi dia tidak gentar dan gementar. Betapa cintanya pada negara tumpah darahnya tidak pernah berkurang biar apa pun terjadi.

Mencecah usia 60 tahun, bertuahnya saya dikelilingi oleh insan-insan sepatriotiknya. Mereka inilah yang mengingatkan saya mengapa saya masih berada di dalam organisasi ini. Mungkin apa yang saya lakukan tidak seberani, sehebatnya, tetapi yang seciput inilah tanda penghargaan saya kepada negara bertuah ini.

Dia ceritakan bagaimana ada sekali dia ternampak Chin Peng semasa di sebuah stesen keretapi di Thailand, dilindungi oleh beberapa orang bodyguard. Dengan beraninya dia pergi ke arah salah seorang bodyguard dan minta izin untuk bertemu dengan Chin Peng.

Bila dia berhadapan dengan Chin Peng, dia kata jangan mimpi nak balik ke Malaysia. Bumi Malaysia takkan terima dia. Kalau mati sekalipun, abunya pun takkan dibawa ke Malaysia.

Tapi tengok apa dah berlaku! Abu Chin Peng dibawa masuk secara rahsia ke Malaysia! Ni kerja siapa? Ni mengundang amarah! Luka lama berdarah kembali buat kita, rakyat Malaysia. Generasi muda sekarang bukan kisah pun, tapi mereka yang pernah melaluinya pasti takkan lupa betapa jahat dan kejamnya komunis. Sampaikan Tanah Melayu berada dalam darurat dari 1948 sampai 1960.

Kerakusan Chin Peng berterusan sampailah Rundingan Damai ditandatangani pada 1989 di Haadyai. Tapi Chin Peng tak boleh langsung balik ke Malaysia.

Dah banyak pihak dengarnya nak bawa balik Chin Peng. Selama ni tak berjaya.

Apa dah jadi dengan Malaysia sekarang? Saya dah tak sanggup nak fikir apa lagi malapetaka yang bakal berlaku. Seakan-akan ada pihak nak sangat kucar-kacirkan keharmonian dan keamanan di antara kita.

Baru beberapa hari lepas, bendera Malaysia pun salah di acara antarabangsa! Mereka ni tak ada sekelumit pun ke perasaan patriotik? Kalau tak mahu berada di sini, silakan keluar. Pergilah negara lain.

Kata-kata hikmah dari PW I (U) Cheng Chiam Chai (Bersara):
SAYA SAYANGKAN KELUARGA SAYA
TETAPI SAYA LEBIH SAYANGKAN NEGARA SAYA
TANPA NEGARA SAYA,
KELUARGA SAYA TIDAK AKAN ADA

#Malaysiatanahtumpahdarahku
#disaatsemangatpatriotikyangsudahmenghilang

Dr Rusyainie Ramli

UTAMABERITAChin Peng adalah PENGKHIANAT NEGARA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium