Chin Peng Mati: Hadiah Hari Malaysia Paling Bernilai Untuk Rakyat - pakdin.my

Haprak pakatan dah mula meratapi kematian Ketua pengganas komunis Malaya Chin Peng
Haprak pakatan dah mula meratapi kematian Ketua pengganas komunis Malaya Chin Peng

WALAUPUN tidak ada bukti, penulis yakin pada waktu ini pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, sudah tentu bersedih atas berita kematian satu-satunya ‘wira kemerdekaan’ yang diiktiraf mereka, Chin Peng di Thailand sebentar tadi.

Terutama sekali dua orang pemimpin kanan DAP di Perak yang dikatakan mempunyai hubungan persaudaraan dengan Chin Peng.  Maka itu, kematian ini sudah tentu meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam hidup mereka.Chin_Peng_wanted_by_Malaya

Siapa? Faham-faham sudahlah.

Apa pun, kematian ini menamatkan terus usaha-usaha beberapa pihak berkaitan Pakatan Rakyat yang mahu meningkatkan ketegangan antara kaum di negara ini dengan membawa Chin Peng balik ke negara kita.

Mana yang tidak tahu, Pakatan Rakyat telah melakukan banyak usaha untuk membawa Chin Peng balik, sama ada melalui sempadan Thailand dan pintu masuk Singapura, tapi semuanya gagal kerana bantahan kerajaan dan majoriti rakyat Malaysia.

Semuanya sebab pembangkang menganggap Chin Peng dan pergerakkan komunis yang dipimpinnya sebagai sebahagian dari pejuang kemerdekaan, sementara wira-wira negara yang berkorban nyawa demi melindungi keselamatan rakyat dari ancaman komunis sebelum merdeka dulu, sebagai alat penjajah British.

anwar_sokong_chin_peng

Ini hakikat dan banyak bukti boleh ditunjukkan disini, tapi sebab ada Google, cari sajalah disitu, jimat masa.  Parti mana dalam Pakatan Rakyat yang paling banyak bersimpati dengan Chin Peng pun boleh cari dalam Google jugak sebab parti itu berdaftar, sedangkan Pakatan Rakyat tidak.

Jadi penulis bebas menulis mengenainya (Pakatan Rakyat) tanpa bimbang apa-apa mengenai implikasi di kemudian hari.

Tarikh dan masa yang dipilih untuk malaikat maut mencabut nyawa pengganas nombor satu negara ini pun kebetulan jatuh pada hari Malaysia yang disambut rakyat pada hari ini.  Kalau ini bukan hadiah paling berharga yang Tuhan kurniakan kepada kita, penulis tak tahulah nak kata apa lagi.

Di tangan Chin Peng, berlumuran darah beribu-ribu anggota keselamatan dan orang awam yang terkorban dalam perang menentang pengganas komunis pimpinannya dari Darurat Pertama, Darurat Kedua, sehinggalah komunis meletakkan senjata pada tahun 1989.

Statistik Keganasan Komunis (1945 – 1960) – sumber Arkib Negara Malaysia

Dengan kematian Chin Peng hari ini, maka tertutuplah satu babak dalam sejarah keganasan komunis di negara kita.  Sekurang-kurangnya, tidak ada lagi sok sek sok sek nak bawak dia ni balik.  Tak tahulah kalau ada yang mahu abunya pulak dibawa kesini.

Kalau ada cadangan itu, kita lawan lagi.

Pun begitu, penulis masih terkilan kerana Chin Peng mati dalam keadaan semulajadi.  Walaupun bukan kuasa penulis nak seseorang itu mati macam mana, tapi alangkah baiknya kalau Chin Peng mati di muncung senjata pasukan keselamatan kita, barulah ada ’dramanya’ tersendiri.

Bagaimanapun, seperti yang disebutkan di atas, takdir yang menentukan Chin Peng mati pada hari ulang tahun ke 50 penubuhan Malaysia, sudah cukup mencatat sejarah yang pasti menjadi ingatan untuk rakyat Malaysia, bergenerasi akan datang.

UTAMAPOLITIKChin Peng Mati: Hadiah Hari Malaysia Paling Bernilai Untuk Rakyat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium