China catat kematian pertama akibat koronavirus - pakdin.my

BEIJING: Bandar Wuhan di China mencatatkan kematian pertama akibat pneumonia yang disebabkan koronavirus, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan dikeluarkan Jabatan Kesihatan bandar itu pada Sabtu.

“Sebanyak 41 kes jangkitan akibat koronavirus sejenis kumpulan virus baru. Dua lagi pesakit dibenarkan keluar hospital, 7 lagi berada dalam keadaan kritikal, seorang maut sementara yang lain stabil,” kata jabatan itu.

Kira-kira 740 orang, termasuk 419 doktor, diletakkan di bawah pemantauan kerana mempunyai hubungan secara langsung dengan pesakit.

Pihak berkuasa tempatan di Wuhan pada Ahad mengesahkan bandar itu dilanda wabak pneumonia dan puncanya belum dapat dipastikan.

Pada Khamis, media China melaporkan wabak itu disebabkan oleh koronavirus sejenis kumpulan virus baru.

 

UTAMADUNIAChina catat kematian pertama akibat koronavirus

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium