Wednesday, June 23, 2021
BERITAChina penstabil pertumbuhan ekonomi dunia: OECD

China penstabil pertumbuhan ekonomi dunia: OECD

BEIJING – Kadar pertumbuhan ekonomi dunia diunjur mencatat 5.8 peratus tahun ini dan 4.4 peratus tahun hadapan, memetik laporan terkini prospek ekonomi dunia oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), pada Isnin.

OECD meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi China mencatat 8.5 peratus tahun ini.

Unjuran tersebut adalah lebih tinggi berbanding unjuran pada Mac, iaitu 7.8 peratus.

Dalam statistik dikeluarkan OECD, ekonomi China pada suku tahun ketiga 2020 telah pulih kepada paras sebelum tercetusnya wabak COVID-19 pada suku tahun keempat 2019.

“Ekonomi China adalah lebih fleksibel dan pulih dengan lebih cepat susulan amalan dasar penting oleh kerajaan serta kejayaan mengawal penularan wabak,” jelas pertubuhan itu.

Selain itu, OECD menjangkakan bahawa pelaburan akan menjadi penggerak utama bagi ekonomi China pada 2021, manakala jumlah eksport akan meningkat dan penggunaan domestik pula berpulih dengan beransur-ansur.

OECD berpendapat bahawa China boleh menggunakan peluang wabak kali ini untuk memperkasakan pembaharuan dalam bidang perkhidmatan kebajikan warga emas, pengangguran dan perubatan.

Tahun ini, OCED mengunjurkan, China akan menyumbang sebanyak 27 peratus bagi kadar pertumbuhan ekonomi dunia yang diunjur mencapai 5.8 peratus pada 2021.

— BERNAMA

Kata Kunci

Berita Berkaitan

Lagi Berita

Berkaitan:

Terkini

Popular

Video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here