25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 11, 2021

Chini pilih Adun baharu hari ini dengan kebiasaan baharu

Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini berlangsung hari ini, dengan proses pemilihan wakil rakyat baharu DUN itu dilaksanakan dengan kebiasaan baharu ekoran penularan pandemik Covid-19.

Seramai 20,816 pemilih berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka di 13 pusat mengundi menerusi 65 saluran mulai 8 pagi hingga 5.30 petang, sebelum keputusan diumumkan Pegawai Pengurus PRK Datuk Zaliza Zulkipli dijangka pada sebelah malam di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dekat sini.

Sebanyak 13 pusat mengundi yang dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Mambang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh Hinai, SK Kinchir, Dewan Mempelas Kampung Baru PPSK Salong, SK LKTP Chini Timur 1, SMK Chini Timur, Balai Raya Kampung Dusun, SK LKTP Chini Timur 2, SK LKTP Chini 3 dan 5, SK LKTP Chini 1 dan 4, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Felda Chini 3, Sekolah Agama Rakyat (Kafa) Nur Ilham Felda Chini 1 dan SMK Chini 2.

PRK DUN Chini merupakan pilihan raya kecil ke-11 selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan merupakan yang pertama buat Perikatan Nasional (PN) selepas mengambil alih kepimpinan negara daripada PH pada Mac lalu.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.