Chong Wei Bertemu Lin Dan Perlawanan Akhir Kejohanan Badminton Dunia

Kini, hanya satu halangan saja lagi buat Chong Wei untuk menggapai impian bergelar juara dunia buat kali pertama.

Pada separuh akhir sebentar tadi, Chong Wei nampak mudah menjinakkan juara bertahan, Chen Jin dari China dengan keputusan 21-13, 21-9 dalam masa 43 minit.

Chong Wei mengutip 6 mata berturut pada daripada kedudukan 14-10 di set pertama . Set kedua Chong Wei ketinggalan 4-0 dan bangkit menyamakan kedudukan 7-7. Beliau mengutip 9 mata berturut pada kedudukan 8-8.

Chong Wei akan bertemu Lin Dan dari China pada perlawanan akhir nanti. Lin Dan mara ke perlawanan akhir setelah menewaskan Peter Hoeg Gade 22-24 21-7 21-15 dalam masa 75 minit.

Chong Wei menaruh harapan untuk menjadi pemain Malaysia pertama menjuarai Kejohanan Badminton Dunia yang diadakan di Arean Tertutup Wembleydi London.

Video perlawanan boleh disaksikan di http://youtu.be/XNH7aPi5Yk0

Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.