Chong Wei juara Terbuka Hong Kong 2015

lee chong wei-terbuka hong kong

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak bermasalah untuk menjuarai Siri Super Terbuka Hong Kong 2015 selepas mudah menjinakkan pemain China, Tian Houwei di final, hari ini.

Pada aksi di Coliseum Hong Hong itu, Chong Wei yang masih segar dengan kemenangan di Terbuka China, minggu lalu menewaskan Houwei dalam pertarungan straight set 21-16, 21-15.

Hanya 49 minit diperlukan Chong Wei untuk menewaskan Houwei yang kini menghuni ranking ke-10 dunia itu.

Terbuka Hong Kong adalah gelaran kelima Chong Wei, tahun ini dan ketiga Siri Super selepas menjuarai Terbuka China dan Terbuka Perancis.

Ia adalah gelaran keempat Chong Wei yang juga bekas pemain nombor satu dunia di Hong Hong selepas menjuarai pada 2009, 2010 dan 2013.


Comments (No)

Leave a Reply