Sunday - August 1, 2021 @ 08:05
GAYA HIDUPChong Wei Juarai Terbuka Denmark

Chong Wei Juarai Terbuka Denmark

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima hadiah hari jadi ke-30 paling istimewa apabila menjuarai Kejohanan Yonex Terbuka Denmark yang berlangsung di Odense, Denmark Ahad malam waktu Malaysia.

Pemain nombor satu dunia itu yang juga pilihan utama kejohanan menundukkan cabaran pemain China Du Pengyu yang memberi tentangan sengit sebelum akur 15-21, 21-12, 21-19.

Chong Wei membawa pulang wang tunai US$30,000 (RM91,500).

Sementara itu, beregu lelaki negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Shin Baek Choel/Yoo Yeon Seong 21-19, 11-21, 19-21.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here