Chong Wei rangkul kejuaraan sulung Terbuka China - pakdin.my

lee chong wei-terbuka china

Datuk Lee Chong Wei meraih kejuaraan pertamanya dalam kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka China selepas menewaskan musuh tradisinya yang juga pilihan utama Chen Long 21-15, 21-11 di Fuzhou sebentar tadi.

Kejayaan tersebut menyaksikan bekas pemain No. 1 dunia itu mengekori jejak langkah isterinya, Datin Wong Mei Choo yang pernah merangkul kejuaraan Terbuka China pada 2007.

Chong Wei, 32, membawa pulang wang kemenangan berjumlah AS$52,500 dolar (RM230,818) manakala Chen Long mendapat AS$26,600 dolar (RM116,948).

Kejayaan Chong Wei itu juga mengulangi kejayaan yang pernah dilakukan oleh bekas pemain No. 1 negara Wong Choong Hann dalam acara perseorangan lelaki pada 2002 selain Jalani Sidek-Razif Sidek dalam acara beregu lelaki pada 1989.

UTAMAChong Wei rangkul kejuaraan sulung Terbuka China

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium