26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 27, 2021

Chong Wei: Sasaran Hatrik All England Semakin Hampir

Datuk Lee Chong Wei menghampiri sasaran hatrik kejuaraan All England apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir di Birmingham, England, Sabtu.

Juara bertahan nyata cemerlang apabila mengalahkan pencabarnya dari Korea Selatan, Lee Hyun Il dengan 21-19 dan 21-18 dalam masa 45 minit pada pusingan separuh akhir.

Chong Wei, pemain nombor satu dunia, dijangka bertemu dengan musuh ketatnya dari China, Lin Dan atau perseorangan dari Jepun, Kenichi Tago dalam perlawanan akhir kejohanan berprestij itu Ahad.

Kemenangan Chong Wei itu juga mendapat sokongan padu dan sorakan gemuruh daripada rakyat Malaysia yang berada di National Indoor Arena, Birmingham.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.