Chua Jui Meng Pengkhianat Negara ? - pakdin.my

Tidak berapa lama dahulu ramai terkejut dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong penubuhan negara Israel. Ramai yang tertanya-tanya adakah ia dilakukan secara tidak sengaja atau Anwar sudah hilang hilang akal. Namun rata-rata penganalisa politik mengetahui maksud tersurat di sebalik kenyataan itu dimana dia mengharapkan sokongan dan dana politik bagi menghadapi PRU13. Dengan cara itu akan mungkin akan memberikannya jalan pintas untuk menduduki kerusi empuk di Putrajaya. Ini kerana umum mengetahui akan cita-cita Anwar untuk merampas Putrajaya walau dengan apa cara sekali pun.

Namun apa yang ingin dikatakan sekarang bukanlah berkenaan perihal dan cita-cita Anwar. Tapi lebih kepada pendedahan berkenaan gerakan dan modus operandi yang hampir sama dilakukan oleh juak-juaknya.

Tidak berapa lama dahulu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan untuk membangunkan Hub Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas yang terbesar dan termoden di rantau ini. Projek yang akan dibangunkan dengan kerjasama kerajaan negeri Johor itu dianggarkan bernilai hampir RM 60 billion dan merupakan program pembangunan yang diletakkan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).

Namun begitu, seperti kelazimannya apa sahaja projek pembangunan yang dibangunkan oleh kerajaan BN akan mula dicemuh oleh pembangkang. Baru-baru ini Naib Presiden Keadilan yang juga merupakan Ketua Keadilan Johor, Dr Chua Jui Meng telah mengeluarkan satu kenyataan yang amat dangkal lagi bodoh dengan mengatakan projek tersebut merupakan kilang radioaktif akan akan membawa kesan pencemaran.

Akhabr Sinar Harian (Edisi Johor) melaporkan kenyataannya yang mengatakan bahawa dengan kehadiran projek ini ramai orang akan menghidapi lelah dan penyakit khususnya kanak-kanak dan orang tua yang akan hilang imuniti. Kenyataan bekas Menteri Kesihatan itu yang dilihat terburu-buru serta amat tidak selari dengan taraf pendidikan yang disandangnya.

Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/dialog-pkr-sedikit-tegang-1.33257

Walaupun pada mulanya, kenyataan ini hanya dilihat sebagai kenyataan yang biasa dari pembangkang, namun menurut maklumat yang diterima ia bukan hanya sekadar kenyataan. Tapi mempunyai maksud yang jauh lebih besar dan tersirat. Ini kerana setelah dikaji secara menyeluruh, impak dari pembangunan ini dilihat akan mampu menjejaskan Singapura secara langsung dan tidak langsung. Ini kerana Singapura juga mempunyai hub penapisan dan simpanan minyak yang hampir sama dengan projek pembangunan ini.

Sila rujuk kenyataan sinis Lee Kuan Yew ketika seisi dialog tidak berapa lama dahulu, apabila ditanya mengenai perancangan Malaysia untuk membina hub simpanan ini.
http://www.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Singapore/Story/A1Story20111031-307804.html

Dan baru-baru ini Reuters (Singapore) melaporkan cadangan Singapura untuk membangunkan pembinaan tanah baru bagi membina tempat simpanan minyak yang mampu menampung kapasiti sehingga 4juta tong.
http://uk.reuters.com/article/2012/04/04/singapore-oil-storage-idUKL3E8F355A20120404

Baca seterusnya

UTAMAPOLITIKChua Jui Meng Pengkhianat Negara ?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium