34.1 C
Kuala Lumpur
Friday, February 26, 2021

City sedia tawar Messi RM2.49 bilion

MANCHESTER City sudah bersedia menawarkan Lionel Messi £450 juta (RM2.49 bilion) untuk kontrak selama lima tahun jika dia meninggalkan Barcelona.

Bintang bola sepak dunia berusia 33 tahun itu yang masih berbaki kontrak setahun di Nou Camp sudah menyatakan keinginannya untuk meninggalkan Barca selepas kelab itu dimalukan oleh Bayern Munich pada saingan Liga Juara-Juara.

Spekulasi berhubung masa depannya semakin hangat sepanjang minggu lalu selepas Messi tidak melakukan ujian Covid-19 di Barcelona.

Malah terdapat laporan menyatakan Messi sudah mengadakan perbincangan bersama Pep Guardiola di mana dia memberitahu bekas jurulatihnya itu bahawa dia mampu memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak dua kali di Etihad.

Kini, wartawan Itali, Tancredi Palmeri mendakwa City bersedia membayar Messi £450 juta untuk kontrak selama lima tahun.

Malah Palmeri turut mendakwa City akan membayar Messi bonus sekitar £225 juta (RM1.24 bilion) selepas tiga tahun di England.

Palmeri di akaun Twitter miliknya berkata: “Boom. Manchester City akan membayar Messi £450 juta untuk lima tahun.

“Gajinya mungkin £44.6 juta (RM247.4 juta) semusim namun selepas tiga tahun, City akan membayar bonus £225 juta sebelum baki dua tahun ke New York City.”

Palmeri turut mendakwa bapa Messi, Jorge akan bertemu bos Barcelona, Josep Maria Bartomeu untuk membincangkan berhubung masa depan pemain itu.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.