CLARE REWCASTLE-BROWN MENGAKU TERIMA DANA - pakdin.my

mahathir-sarawak-report

Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown mengakui syarikatnya menerima dana daripada penderma yang berpangkalan di Eropah.

Menurut beliau, dana tersebut disalurkan melalui projek radio dan digunakan untuk membiayai sebahagian besar kos perjalanannya ke seluruh dunia.

“Penderma itu berminat tentang isu-isu berkaitan hutan hujan dan hak asasi manusia,” katanya seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini.

Pada Mac lalu, portal Open Source Investigations mendedahkan, Brown menerima dana daripada dua sumber walaupun beliau pernah mendakwa dirinya seorang wartawan bebas yang ‘tidak terhutang budi kepada pihak lain sama ada dari segi kewangan atau politik’.

Exclusive: CRB bankrolled by just two anonymous credit cards

Portal tersebut turut mendakwa, syarikat milik Brown hampir muflis dan hanya dapat diselamatkan selepas beliau bersetuju menyertai kempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sarawak Report yang dikendalikan Brown sering mencetuskan kontroversi dengan melontarkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan khususnya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pas juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa fitnah Sarawak Report apabila portal berkenaan melalui laporan pada 6 Ogos lalu mendakwa, kepemimpinan parti itu menerima dana RM90 juta daripada Najib.

Dalam perkembangan berkaitan, Brown memberitahu, banyak maklumat yang digunakan untuk menulis artikel-artikelnya diperoleh melalui internet. “Saya boleh menghubungi individu-individu lain dan menulis,” jelasnya.

MORE HERE:

Rewcastle’s conversion to Mahathir Mohamad crony

Rewcastle and Tong secret arrangement to hide ‘dodgy’ US2million payment

Exclusive: Plot to oust Najib saves Clare Rewcastle from insolvency

UTAMAPOLITIKCLARE REWCASTLE-BROWN MENGAKU TERIMA DANA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium