26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Colombia Pecah Rekod 20 Tahun Tanpa Aksi Pusingan kedua #PialaDunia2014

Pemain-pemain Colombia meraikan kemenangan ke atas Ivory Coast.
Pemain-pemain Colombia meraikan kemenangan ke atas Ivory Coast.

PASUKAN Colombia mengukuhkan kedudukan teratas bagi Kumpulan C selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Ivory Coast pada aksi Piala Dunia, Jumaat.

Pada aksi pertama sebelum ini, pasukan kendalian Josa Pekerman ini turut menewaskan Greece 3-0.

Dengan kedudukan selesa ini, Colombia mencatat sejarah tersendiri apabila layak beraksi pada pusingan kedua buat kali pertama sejak tahun 1994.

Colombia tidak beraksi dalam tiga edisi Piala Dunia sebelum ini (2002,2006,2010) kerana gagal melepasi pusingan kelayakan.

Sementara itu, pada perlawanan ini, separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang berhati-hati sehingga gagal meledak sebarang gol.

Namun rentak permainan pada babak kedua kedua lebih rancak dengan menyaksikan serangan pantas ke kubu Ivory Coast.

Pemain tengah Colombia, James Rodriguez berjaya memecah kebuntuan gol pertama perlawanan pada minit ke-64.


Enam minit selepas itu, James Quintero menambah gol kedua dengan menewaskan penjaga gol Ivory Coast, Baubacar Barry selepas menerima hantaran dari Aurier.

Selepas itu pemain tengah Ivory Coast merapatkan jaringan pada minit ke-73 selepas berjaya menggelecek tiga pemain lawan sebelum melakukan penyudah tepat ke arah gawang.

Sehingga wisel terakhir, keputusan kekal berpihak kepada Colombia.

Colombia akan bertemu pasukan Jepun pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Selasa ini.

Senarai pemain:

COLOMBIA: Ospina,Zapata,Yepes,Sanches,Armero,Aguilar,Gutierrez,Rodriguez, Cuadrado,Ibarbo,Zuniga

IVORY COAST: Barry, Boka, Zokora,Tiote, Gervinho, Bony, Gradel, Auriel, Yaya Toure, Serey, Bamba

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...