Contohi golongan yang berjaya keluar daripada kemiskinan – PM - pakdin.my

najib-letchumi-deepavali

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat mencontohi golongan yang berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan hasil daripada memanfaatkan bantuan kerajaan dan kemudian kembali menyumbang kepada masyarakat.

Menyifatkan usaha mereka yang kembali menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan sebagai satu tindakan mulia, Perdana Menteri berkata, pihaknya amat menghargai usaha berkenaan.

Najib memberi contoh tindakan seorang ibu tunggal dikenali sebagai N. Letchumi yang ditemuinya hari ini.

“Mungkin tidak ramai yang tahu kisah beliau (Letchumi) yang mengalami kesusahan dalam hidup apabila suaminya meninggal dunia 31 tahun dahulu dan kemudiannya dengan bantuan kerajaan, dapat meneruskan kehidupan dengan jayanya.

“Kejayaan Puan N. Letchumi kini membolehkan beliau membantu orang lain dengan memberi khidmat nasihat kepada mereka yang perlu kepada bantuan kerajaan,” kata Perdana Menteri dalam catatan terkini laman Facebook dan Twitter miliknya.

Letchumi, 67, mempunyai empat anak mengendalikan gerai makan di Sungai Besi sejak 1991 berjaya membantu memudahkan mereka yang memerlukan bantuan kerajaan seperti mendapat rumah di bawah program perumahan rakyat termiskin dan kebajikan.

Bersempena sambutan Deepavali hari ini, Najib meluangkan masa melawat keluarga Letchumi di kediamannya di Taman OUG, Jalan Klang Lama pagi ini atas dasar keprihatinan dan sebagai menghargai jasa wanita itu.

Pesta Cahaya yang diraikan masyarakat beragama Hindu di seluruh negara hari ini turut diraikan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama-sama ribuan rakyat di pekarangan tapak pelancongan terkenal, Batu Caves di sini, anjuran MIC.

Pagi tadi, saya meluangkan masa menyambut Deepavali bersama dengan Puan N. Letchumi.
Mungkin tidak ramai yang tahu…
Posted by Najib Razak on Monday, 9 November 2015

UTAMAContohi golongan yang berjaya keluar daripada kemiskinan - PM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium