Contohi Kprihatinan PM Untuk Bantu Rakyat Palestin – Tengku Abdullah - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh ketika berada di Bandar GazaKUANTAN — Keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau sendiri situasi di Palestin perlu dijadikan contoh dan dorongan kepada semua pihak untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah usaha itu jelas menunjukkan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia amat komited dalam mencari jalan penyelesaian kepada isu di Palestin.

“Saya berharap usaha murni negara kita akan mendapat perhatian pihak terlibat serta dunia demi merealisasikan keamanan di bumi Palestin.

“Saya juga bangga kerana beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti Perdana Global Peace Foundation, Haluan Palestin, Aman Palestin daln lain-lain yang tampil sukarela membantu meringankan beban rakyat negara-negara bergolak,” titah baginda pada pelancaran dan penyerahan dana Tabung Palestin-Gaza di sini, pada Selasa.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Eksekutif Perdana Peace Global Organisation (PPGO) Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Baginda juga bangga dengan sambutan rakyat termasuk sektor swasta dan kerajaan terutama di Pahang yang menyumbang kepada dana itu menerusi pelbagai saluran.

Sehingga kini sejumlah RM1.1 juta disumbang penduduk seluruh Pahang, titah baginda.

Sementara itu, Mukhriz berkata dana berkenaan berjaya mengumpulkan RM5 juta setakat ini dan RM2 juta daripadanya akan diguna untuk membeli ubat-ubatan, makanan serta keperluan lain.

Beliau berkata PPGO sedang merancang untuk menyediakan bekalan air bersih bagi rakyat Palestin.

“Bekalan air bersih di kawasan seperti Gaza dan Tebing Barat begitu terhad dan sumber air yang ada tidak selamat digunakan kerana bimbang mengandungi racun,” katanya.

UTAMABERITAContohi Kprihatinan PM Untuk Bantu Rakyat Palestin - Tengku Abdullah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium