25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

#Coronavirus: Angka kematian terkini 81, China lanjutkan cuti Tahun Baharu Cina

SHANGHAI (Reuters) – Angka kematian akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 81 orang hari ini menyebabkan kerajaan melanjutkan cuti Tahun Baharu Cina manakala syarikat-syarikat besar menutup operasi mereka atau meminta para pekerja bekerja dari rumah bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Perdana Menteri China, Li Keqiang membuat lawatan ke pusat bandar Wuhan sebagai tanda kerajaan serius dalam menangani wabak berkenaan.

Jumlah kes yang telah disahkan di China meningkat kira-kira 30 peratus kepada 2,744 yang mana separuh daripadanya adalah penduduk wilayah Hubei iaitu ibu kota Wuhan.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China telah menambah peruntukan sebanyak 60.33 bilion yuan (AS$8.74 bilion) bagi membantu mengekang penularan virus terbaharu itu.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan di laman web kementerian.- Agensi

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.