#Coronavirus: berita palsu dan berita lawak oleh PM, Mahathir - pakdin.my

Berita ini boleh mengatasi lawak Maharaja Lawak. Sendiri cadang, sendiri bantah kemudian kata berita palsu.

Kelmarin Bernama, Agensi berita kerajaan melaporkan pengurusan Masjid Putrajaya menghalang bukan Islam memasuki ruang masjid, hanya untuk umat Islam bersolat.

Mahathir salahkan itu sebagai berita palsu sementara Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Mohamaddin Ketapi akan menulis surat kepada pengendali tempat tumpuan pelancong berhubung perkara itu.

Tang mana berita palsu? Otak dah kena virus?
………..
PM: Jangan sebar berita palsu pelawat bukan Islam dihalang ke masjid

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad beri amaran jangan sebar berita palsu mendakwa kerajaan menghalang pelawat bukan Islam mengunjungi masjid di sebalik kebimbangan mengenai wabak koronavirus.

“Kerajaan akan ambil tindakan terhadap mereka yang cuba buat berita palsu ini,” katanya pada sidang media di Perdana Putra selepas mempengerusi mesyuarat Kabinet hari ini.

Perdana menteri berkata didapati ada siaran tidak bertanggungjawab mengatakan pelawat bukan Islam tidak boleh mengunjungi masjid, yang keunikannya menjadi tumpuan pelancong.

“Ini bukan dasar kerajaan. Tidak ada tempat yang tidak boleh dilawati oleh pelancong. Ini satu perbuatan tak bertanggungjawab,” katanya.

Perdana menteri mengingatkan semua pihak jangan bertindak sesuka hati walaupun kerajaan membenarkan kebebasan bersuara.

Katanya, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan perkara yang melibatkan penipuan dan penyebaran maklumat salah.

Agensi berita Bernama pada Ahad melaporkan Masjid Putra di Putrajaya ditutup untuk lawatan pengunjung bukan Islam susulan kebimbangan terhadap wabak koronavirus.

Penutupan itu berkuatkuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak dan buat masa ini masjid tersebut hanya dibuka kepada pelawat beragama Islam untuk menunaikan solat.

Semalam, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Mohamaddin Ketapi meminta pengendali tempat-tempat tumpuan pelancongan tidak menghalang pelancong daripada melawat tempat mereka.

Katanya, beliau akan menulis surat kepada tempat-tempat tumpuan pelancong berhubung perkara itu.

UTAMABERITA#Coronavirus: berita palsu dan berita lawak oleh PM, Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium