25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

#Corinavirus boleh merebak melalui najis manusia

WUHAN: Para saintis dari sebuah badan penyelidikan sains semula jadi yang terkemuka di China menemui satu lagi cara coronavirus baru 2019 (2019-nCoV) yang berasal dari Wuhan boleh merebak.

Virus itu, yang sudah meragut lebih 360 nyawa di China, boleh merebak melalui sistem penghadaman dan ke najis manusia, menurut para saintis yang dipetik agensi berita Xinhua.

Ini bermakna bahawa virus itu boleh masuk melalui laluan tinja oral, di mana patogen boleh melewati najis dan memasuki mulut orang lain.

Ia mungkin berlaku disebabkan oleh amalan kebersihan yang lemah, kekurangan sanitasi, tanah dan air yang tercemar dengan bahan najis atau pencemaran makanan.

Para pakar dari Hospital Renmin Universiti Wuhan dan Institut Virologi Akademi Sains Wuhan mendapati bahawa tanda-tanda awal bagi sesetengah pesakit yang dijangkiti coronavirus baru itu adalah cirit-birit dan bukan demam, satu gejala yang lebih lazim berlaku.

Pasukan penyelidik menemui asid nukleik pada najis pesakit dan rektum (bahagian akhir usus besar) dan percaya bahawa coronavirus baru berkemungkinan merebak laluan tinja oral, selain jangkitan menerusi titisan cecair dan sentuhan.

China mengesahkan pada Isnin lebih 17,000 kes coronavirus baru di negara itu.


Kematian pertama di luar China akibat virus itu dilaporkan pada Ahad di Filipina, sehari selepas China mengenakan sekatan perjalanan ke atas sebuah bandar utama jauh dari Wuhan.

Kebanyakan jangkitan di luar negara dikesan pada mereka yang mempunyai rekod lawatan ke Wuhan, sebuah hab perindustrian yang didiami oleh 11 juta penduduk, atau kawasan-kawasan di sekeliling wilayah Hubei.

China melancarkan usaha besar-besaran untuk membendung penularan virus itu, yang dipercayai berasal dari sebuah pasaran haiwan di Wuhan.

Selain China, jangkitan dari manusia ke manusia turut dilaporkan di Korea Selatan, Jepun, Jerman dan Thailand.

– CNA/TQ/tq

Berita Berkaitan

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di...

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...