Coronavirus: Kanak-kanak warga China dirawat di Langkawi sembuh, dibenar pulang - pakdin.my

SEORANG kanak-kanak perempuan warga China yang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah bagi 2019 novel koronavirus (2019-nCov) dibenarkan pulang setelah sembuh dengan hasil ujian pengesanan ulangan bagi virus itu didapati negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Selasa malam berkata kes berkenaan menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China.

“Hasil ujian pengesanan ulangan 2019-nCoV yang dijalankan ke atasnya sebanyak dua kali ini telah didapati negatif. Beliau (kanak-kanak terbabit) kini berada dalam keadaan sihat dan telah dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi miliknya.

Beliau berkata tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat.

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha, Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan yang rapi sehingga kanak-kanak ini sihat semula dan dibenarkan pulang.

Pada 29 Jan lepas, satu kes melibatkan seorang kanak-kanak perempuan warganegara China telah dilaporkan positif bagi jangkitan 2019-nCoV dan dirawat di wad isolasi hospital berkenaan. – BERNAMA.

UTAMABERITACoronavirus: Kanak-kanak warga China dirawat di Langkawi sembuh, dibenar pulang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium