#Coronavirus: Kereta ‘robot’ hantar makanan, ubat di Wuhan kurangkan risiko jangkitan Covid-19 - pakdin.my

KERETA ‘robot’ telah digunakan di bandar bermulanya wabak koronavirus (Covid-19) itu di Wuhan, China untuk menghantar bekalan makanan dan perubatan kepada penduduk.

Van mini robot merupakan penyelesaian terbaharu untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan dalam kalangan penduduk, dengan angka kematian meningkat kepada lebih 820 orang di Wuhan, China.

Penyedia perkhidmatan itu, JD Logistics menghantar sekurang-kurangnya dua van tanpa pemandu ke seluruh bandar untuk menghantar bekalan makanan dan perubatan kepada mereka yang memerlukan.

Rakaman mengenai perkhidmatan itu dikongsikan di laman video Pear, menunjukkan kenderaan tanpa pemandu bergerak lancar di bandar.

Ia mengurangkan peluang kontak fizikal kerana penghantar tidak diperlukan.

Van kecil itu mempunyai kebolehan untuk mengenal pasti lalu lintas, mengelak daripada melanggar pejalan kaki dan berhenti di destinasi.

Penerima memerlukan kunci untuk kod pengesahan bagi mengeluarkan pakej.

Jurucakap JD Logistic, Kong Qi berkata: “Sejak wabak ini bermula, hospital-hospital membuat permintaan untuk mengurangkan transmisi jangkitan antara manusia.

“Keduanya, kami mahu mengurangkan peluang jangkitan dalam kalangan kakitangan kami,” katanya. – Daily Star

UTAMADUNIA#Coronavirus: Kereta ‘robot’ hantar makanan, ubat di Wuhan kurangkan risiko jangkitan Covid-19

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium