#Coronavirus: Lelaki tempatan positif kes ke-18 - pakdin.my

SEORANG lagi lelaki tempatan berusia 31 tahun disahkan positif koronavirus baharu.

Ia menjadikan enam rakyat Malaysia disahkan positif wabak itu setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki itu bekerja di Macau, China dan mempunyai sejarah perjalanan melawat ke tanah besar China sebelum kembali ke Malaysia pada 1 Februari.

“Lelaki itu mula tidak sihat dan batuk pada 3 Februari dan pada 4 dan 6 Februari, dia ke klinik dan sudah diberikan ubat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, pada 7 Februari lelaki itu masih tidak sihat dan mendapatkan rawatan di sebuah Klinik Kesihatan.

Dr Noor Hisham berkata, selanjutnya pada hari yang sama lelaki berkenaan dirujuk ke Hospital Banting, Selangor untuk pemeriksaan dan rawatan.

“Selepas disaring dan disiasat, lelaki berkenaan dikesan mengalami radang paru-paru (pneumonia) dan terus dimasukkan ke hospital itu.

“Pemeriksaan seterusnya mendapati dia menghidap Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dan memerlukan pemantauan rapi.

“Dia seterusnya dirujuk dengan segera ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Menurutnya siasatan lanjut dijalankan dan sampel klinikal pesakit diambil dan pada 9 Februari disahkan positif koranavirus.

“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat sudah pun dimaklumkan untuk mengambil tindakan siasatan, pengesanan kontak rapat, langkah pencegahan dan kawalan.

“Saya ingin menasihatkan penduduk di daerah Banting supaya bertenang.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengambil tindakan sewajarnya dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

KKM juga, menyeru orang ramai, sekiranya memerlukan penerangan mengenai penyakit ini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung sesuatu kejadian penyakit, hubungilah hotline di CPRC Kebangsaan di talian berikut:

03 88810200; 03 88810600; 03 88810700

atau emel: cprc@moh.gov.my

UTAMABERITA#Coronavirus: Lelaki tempatan positif kes ke-18

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium